Oleh pada 13 Feb 2018 kategori

Sumber foto: mStar Online

 

Kebakaran di pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Petaling Jaya dipercayai disebabkan oleh percikan api ketika kerja penyelenggaraan sedang dilakukan di tingkat satu bahagian luar bangunan terbabit.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Soiman Jahid, bangunan tersebut dikesan menggunakan bahan pelapis iaitu poliform yang senang terbakar.

Menurut kajian dan siasatan awal, dinding bangunan tersebut dipasang menggunakan bahan mudah terbakar dan tidak memperoleh kelulusan oleh mana-mana pihak.

percikan api semasa kerja penyelenggaraan punca bangunan kwsp terbakar 1

Sumber foto: Free Malaysia Today

Kebakaran bermula dari tingkat 1 dimana kerja penyelenggaraan sedang dilaksanakan. Keadaan angin dan cuaca panas juga bertindak sebagai faktor penyumbang kepada insiden terbabit.

Beliau memberitahu, kebakaran membabitkan bahagian luar bangunan termasuk sebahagiannya di dalam tingkat 6 bangunan berkenaan.

Sumber berita: Bernama & Kosmo Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)