kereta milik pegawai kastam hangus terbakar

Sumber foto: Kosmo Online 

Pada jam 3.30 pagi tadi, Kebakaran melibatkan empat buah kereta di rumah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah berlaku. Lokasi kejadian di Presint 11 Putrajaya.

Punca kejadian masih dalam siasatan, tetapi kebakaran berkemungkinan berpuca dari perbuatan khianat kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Md Hilman Abd Rashid.

“Kami menerima laporan jam 3.50 pagi tadi dan sebuah jentera bomba dengan lapan anggota sudah berada di tempat kejadian pada jam 4.07 pagi dan mendapati dua kenderaan yang diletakkan di bahagian luar hangus terbakar manakala dua lagi terbakar di bahagian hadapan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dalam kejadian, mangsa berjaya keluar melalui pintu belakang rumah. Pada mulanya, mangsa Nor Azman Mat Jini, 59, isteri, Noor Hayati Khairuddin, 57, anak dan menantu serta dua cucu tidur di tingkat atas dan bawah rumah berkenaan, kata Md Hilman.

Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah kereta di hadapan rumah pegawai kastam tersebut dan seterusnya merebak ke tiga kereta yang lain.

Mercedes Benz, Perodua MyVi, Honda CRV dan Proton Saga merupakan empat buah kereta yang terlibat dalam kebakaran tersebut.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian dan anggaran kerugian. Unit forensik dan dua anjing pengesan turut dihantar ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan lanjut.

"Sekarang kita tidak boleh mengesahkan sama ada kejadian itu mempunyai unsur sabotaj atau sebaliknya, sebelum siasatan selesai," katanya.

Md Hilman memberitahu segala bahan bukti di tempat kejadian telah di kumpul dan dihantar ke makmal. Ujian akan dilakukan dan keputusan di anggarkan diketahui dalam minggu ini.

Sumber berita: BH Online


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)