Seorang tentera veteran Amerika Syarikat telah menjalani pembedahan pemindahan zakar dan skrotum sepenuhnya yang pertama di dunia.

Beberapa tahun lepas, tentera veteran yang tidak mahu namanya diketahui disebabkan stigma yang menyelubungi jenis pembedahan ini, telah dihantar ke Afghanistan untuk bertugas.

Namun, beliau terlibat dalam satu letupan yang dahsyat menyebabkan kehilangan kedua-dua belah kaki, bahagian bawah badan serta alat kelaminnya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

askar veteran pemindahan kelamin

Gambar Johny Sins sebagai hiasan semata-mata

Untuk berhadapan dengan realiti akibat kehilangan anggota badan sudah memeritkan, ia lebih perit untuk menerima kenyataan bahawa beliau kehilangan alat kelamin.

Kecederaan seperti ini boleh menyebabkan kesan yang sangat buruk kepada kehidupan mangsa seperti tidak boleh mempunyai anak, masalah hubungan intim, dan kesihatan fizikal serta mental.

"Kecederaan ini, saya rasa ia seperti menghapuskan peluang saya untuk mempunyai apa-apa hubungan. Seperti, tak ada lagi makna dalam hidup saya dan saya akan keseorangan seumur hidup. Saya bergelut untuk melihat diri saya sebagai seorang lelaki untuk tempoh yang lama," jelas beliau.

Namun kini, selepas beberapa tahun menjalani terapi, meragui diri sendiri malah tanggapan untuk membunuh diri, akhirnya tentera veteran ini mampu untuk mempunyai kehidupan baru.

pembedahan pemindahan zakar

Dalan pembedahan 14 jam yang dilakukan di Hospital John Hopkins, tentera ini menerima pemindahan zakar dan skrotum lengkap daripada penderma yang baru meninggal dunia.

Ia merupakan pemindahan zakar yang paling rumit dan menyeluruh setakat ini. Beliau tidak menerima buah zakar daripada penderma ini kerana akan berlaku masalah etika jika tentera ini mempunyai cahaya mata di kemudian hari.

Sperma di dalam buah zakar tersebut adalah milik penderma dan bukannya tentera tersebut. Ini membuatkan beliau tidak boleh memiliki anak kandung dan perlu mengambil hormon testosteron untuk mengimbangi kehilangan buah zakar dan juga Cialis untuk menggalakkan fungsi ereksi.

Pembedahan ini dilakukan pada bulan Mac 2018 dan kini beliau dijangkakan boleh kencing dengan normal, walaupun penyembuhan dan pertumbuhan semula sarah akan mengambil masa. 

Saraf-sarah tumbuh pada kadar anggaran sekitar 2.5 sentimeter sebulan daripada lokasi asal kepada organ pemindahan.

Perjalanan untuk mendapatkan pemindahan organ oleh tentera ini bermula sejak tahun 2012 apabila beliau bertemu dengan Dr. Richard Redett, seorang doktor plastik pediatrik dan pembedahan rekonstruktif di Hospital John Hopkins, berkenaan dengan menumbuhkan semula zakarnya menggunakan tisunya sendiri, seperti kulit daripada tangan.

diagram daripada hospital john hopkins menunjukkan bagaimana pemindahan zakar berfungsi 813

Prosedur ini mampu menghasilkan fungsi kencing namun memerlukan pemindahan berasingan untuk fungsi seksual. Namun, prosedur pemindahan lengkap yang dijalani tentera ini lebih membuahkan hasil.

Di samping mengambil alat kelamin daripada penderma, pada doktor juga mengambil tisu dalaman, urat dan sembilan tulang belakang daripada penderma yang menyediakan sel stem yang dimasukkan ke dalam badan tentera tersebut untuk mengelakkan penolakan organ.

Walaupun dia pada awalnya bimbang terhadap prosedur kompleks yang mengubah hidup seperti ini, setakat ini tentera veteran kelihatan tak mempunyai masalah.

"Apa yang membuatkan saya risau pada mulanya adalah kadang-kadang terlintas di fikiran saya, adakah saya mampu melihatnya seperti milik saya sendiri? Namun setelah saya memilikinya, satu-satunya cara yang saya harus melihatnya adalah ia milik saya,".

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)