Satu perkara paling ditakuti semua manusia adalah bila kita perlu berdepan kegagalan organ tubuh, tak kiralah di bahagian mana sekalipun yang akan mula membataskan fungsi tubuh kita.

Bagi seorang lelaki, kegagalan untuk mempunyai zakar yang sempurna serta gagal berfungsi dengan baik, merupakan satu igauan yang sangat mengerikan. Ehem, ehem. Begitulah yang berlaku kepada seorang lelaki tidak dinamakan di Guangzhou, China.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas terlibat dalam kemalangan, alat kelaminnya terjejas mengakibatkan sebahagian besar zakarnya rosak tidak lagi mampu menjalankan aktiviti perkumuhan dan seksual.

Dia terpilih untuk menjadi calon menjalani prosedur pembedahan perpindahan zakar, selamat menjadi individu pertama di dunia menerima organ zakar baru menerusi pembedahan.

Malangnya - kisah beliau tidak terhenti di situ sahaja.

Alat kelamin hanya berbaki 1 cm

sosej dipotong pisau

Kemalangan teruk yang dialami oleh pesakit - kita namakan sebagai Lelaki A sahaja, menyebabkan apa yang tinggal hanyalah cebisan sepanjang 1cm zakar yang tidak mampu menjalankan sebarang fungsi.

Lelaki A dan pasangannya dilaporkan sangat-sangat berharap agar pembedahan yang belum pernah dicuba itu dapat diteruskan, bagi membolehkan dia menjalani hidup normal sebagai lelaki.

Selepas perbincangan di antara pakar-pakar perubatan di Hospital Guangzhou, China berkenaan kesesuaian beliau untuk menjadi calon serta kesannya kepada pesakit, panel bersetuju untuk meluluskan pembedahan itu.

Pihak hospital berjaya mendapatkan zakar ganti yang bakal digunakan dalam pembedahan itu daripada seorang pesakit berusia 22 tahun, yang otaknya sudah gagal berfungsi. Ibu bapa kepada penderma zakar itu bersetuju untuk membenarkan pembedahan itu dijalankan.

Zakar sepanjang 10 cm milik pemuda itu akan dicantumkan dengan Lelaki A yang ketika itu berusia 44 tahun, diharap dapat mengembalikan fungsi perkumuhan dan seksualnya.

Pembedahan yang sukses!

alat pembedahan doktor bedah

Selepas lebih 8 bulan persediaan dilakukan bagi menentukan kesesuaian serta kajian berkenaan kesan yang bakal berlaku, pembedahan itu dimulakan mengambil masa selama lebih 15 jam.

Doktor berjaya menyambung salur darah antara kedua-dua zakar, melayakkan pembedahan itu dianggap satu kejayaan besar kali pertama terjadi dalam sejarah dunia perubatan. Rawatan susulan selepas itu menunjukkan tanda-tanda positif.

Pengaliran darah ke kawasan yang sepatutnya berlaku dengan lancar. Pemulihan pada kulit yang dipotong juga berlaku mengikut kadar yang diramal. Lelaki A terus dirawat menggunakan antibiotik, berjaya membuang air kecil kali pertama pada hari ke 10 selepas pembedahan.

Itu satu petanda yang cukup baik untuk beliau. Tidak ada tanda-tanda berlakunya penolakan oleh tubuh Lelaki A terhadap zakar yang diterimanya.

Namun, masalah lain mula timbul.

Isteri beliau sukar menerima zakar baru si suami

terung dan timun

Satu masalah yang gagal diramal oleh pihak perubatan sebelum pembedahan, adalah masalah penerimaan organ baru itu dari aspek psikologi.

Isteri Lelaki A mula menyuarakan rasa kurang senang dengan 'rupa bentuk' zakar suaminya, disebabkan oleh bentuknya yang kurang sempurna. Disebabkan pendapat isterinya sendiri, Lelaki A mula merasa tertekan walaupun dia sudah dimaklumkan berkemungkinan cerah bakal memiliki zakar gantian yang mampu berfungsi dengan baik.

Isterinya dilaporkan sukar untuk melihat zakar tersebut, disebabkan oleh perbezaan rupa bentuknya serta ketaksamarataan saiz diantara zakar asal suaminya yang tinggal sepanjang 1cm dengan zakar derma yang dilaporkan mempunyai ukur lilit lebih besar.

'Bengkak' pada bentuk zakar itu menyebabkan si isteri mula mengadu dan Lelaki A akhirnya memilih untuk menghormati pandangan isterinya, terpaksa mengambil keputusan yang cukup berat.

Zakar baru dipulangkan semula

bilik pembedahan cs621

Pada hari ke 15 selepas pembedahan, Lelaki A mengumumkan kepada pihak doktor bahawa dia berhasrat agar zakar yang sudah selamat dicantum itu dipotong semula, bagi mengelakkan masalah lebih besar berlaku di masa depan di antara dia dan isterinya.

Permintaan itu mencetuskan perdebatan hangat di kalangan ahli perubatan, khasnya pihak yang mendakwa pihak hospital gagal mengambil kira faktor psikologi pasca-pembedahan sebagai satu faktor penting dalam proses penyembuhan pesakit serta pasangan.

Ini kerana berdasarkan banyak kes pemindahan organ luaran, sudah acapkali pesakit yang selamat menjalani pembedahan berdepan masalah psikologi, yang seterusnya menjurus kepada penolakan organ tersebut dari segi mental.

Antara kes popular penolakan organ ini melibatkan seorang lelaki bernama Clint Hallam dari New Zealand yang mahu tangan yang telah disambungkan kepada tubuhnya, dipotong semula selepas 3 tahun pembedahan selamat dilakukan.

Isabelle Dinoire, wanita pertama di dunia selamat menjalani proses perpindahan wajah melalui pembedahan pada tahun 2005, dilaporkan mengalami masalah sindrom penolakan wajah sendiri ekoran tidak dapat menerima wajah orang lain yang dicantumkan ke wajahnya.

Ekoran penolakan itu, Isabelle sengaja berhenti mengambil ubat-ubatan yang sepatutnya diambil bagi membantu memperkuatkan struktur kulit sehingga wajah barunya mula meleret jatuh.

Dalam kes Lelaki A, kesan psikologi yang kuat dilaporkan berlaku kepada isteri beliau, bukanlah Lelaki A sendiri.

Daripada 10 cm kembali kepada 1 cm

1 cm ukuran does size matter

Keputusan yang telah dibuat memaksa pihak perubatan memotong semula zakar yang telahpun selamat tercantum, mengembalikan organ sulit Lelaki A kepada asal pada hari ke 15.

Ekoran tindakan tersebut, banyak pihak khasnya pakar perubatan lain mengkritik tindakan yang dibuat pihak hospital, disebabkan oleh ketercepatan tindakan itu sedangkan tempoh pemulihan baru saja berlangsung selama 15 hari selepas pembedahan.

Pemotongan semula dikatakan sepatutnya boleh ditangguhkan bagi memberikan masa kepada pasangan tersebut untuk memproses perubahan yang berlaku, serta diberikan bantuan psikologi dalam usaha menangani masalah yang boleh timbul.

Malangnya, nasi sudah menjadi bubur. 10 cm sudah kembali menjadi 1 cm. Tidak diketahui apakah nasib pasangan suami isteri itu ketika ini, selepas pembedahan bagi membuang zakar derma itu dilakukan.

Begitulah kisah pembedahan perpindahan zakar pertama di dunia berjaya dilakukan, sebelum diputar semula prosesnya disebabkan oleh tekanan psikologi yang dialami isteri - yang tidak dapat menerima zakar suami yang sudah berlainan rupa.

Itulah juga bukti dunia nyata kasih sayang seorang suami kepada isterinya.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)