Oleh pada 31 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Wan Ariff & BH Online

Umum mengetahui aktres Afifah Nasir sudahpun mempunyai teman lelaki yang dikenali sebagai Wan Ariff. Susulan insiden yang terjadi apabila Afifah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga penyanyi Aliff Aziz, ramai yang tertanya akan status terkini percintaan Afifah dan Ariff. Adakah kontroversi itu menjejaskan perhubungan mereka?

Enggan diburu persoalan ramai, Ariff akhirnya tampil dengan sebuah kenyataan pendek di laman Instagramnya. Menerusi jawapan yang dikeluarkan Ariff, dia mengakui masih berhasrat meneruskan percintaannya bersama Afifah.

teman lelaki afifah nasir mahu setia tahu kisah sebenar 2

Kredit foto: rotikaya.com & Instagram Wan Ariff

Ya, saya dah tengok CCTV itu, malah sebelum artikel dan video itu ditularkan. Tapi saya masih bersama dengan dia (Afifah). Mesti ada sebabkan? Sabar.

Namun kenyataan tersebut juga membayangkan seakan Ariff mengetahui kisah sebenar di sebalik kontroversi yang tercetus.  

teman lelaki afifah nasir mahu setia tahu kisah sebenar 3

Kredit foto: Instagram Wan Ariff

Menerusi respon balas netizen, ramai yang tidak berpuas hati kerana Ariff masih mempertahankan kekasihnya biarpun terang-terangan Afifah kelihatan bersalah mengganggu rumah tangga Aliff.

Dan jika benar apa yang dikatakan Ariff perihal kesetiaannya bersama Afifah yang mempunyai "sebab", sama-sama kita nantikan jika ada susuatu yang akan membuktikannya nanti. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)