Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

ini pula pendedahan kekasih afifah nasir wan ariff di majlis sidang media 1

Kredit foto: Mstar & thetruenet.com

Kekasih aktres Afifah Nasir, Wan Ariff menjadi tumpuan selepas berlakunya kontroversi dalam perkahwinan penyanyi Aliff Aziz. Wan Ariff dikecam ramai kerana tindakannya mempertahankan Afifah biarpun terang-terangan kekasihnya itu berlaku curang kerana memegang tangan Aliff di kelab karaoke.

Di sebalik pendirian Wan Ariff yang memilih untuk menjadi tulang belakang Afifah, ramai yang tertanya mengapa jejaka itu bertindak sedemikian. Sudah tentu ada alasan yang kuat membuatkannya terus kekal setia, bukan? Ini pendedahan Wan Ariff:

ini pula pendedahan kekasih afifah nasir wan ariff di majlis sidang media 2

Kredit foto: Instagram Wan Ariff

Saya tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi, semuanya Afifah terangkan kepada saya kenapa dia perlu bertindak sedemikian. Dia menjadi mangsa keadaan, sebab itu saya berani keluar kenyataan di Instagram bahawa saya memberi sokongan kepadanya. Tentang isu pegang tangan itu, Afifah sudah minta maaf pada saya kerana membenarkan Aliff pegang tangannya dan saya sudah maafkan. Saya tidak boleh paksa semua orang memaafkan dia, tapi saya cuma berharap agar orang ramai memahami apa yang dia lalui sekarang. Dia memang buat salah tapi dia jadi mangsa keadaan. Itu sudah kerja dia dan dia seorang yang profesional. Saya sokong dia untuk terus berlakon cuma saya minta dia lebih berhati-hati agar tidak diperkotak-katikkan pihak lain atas kepentingan sendiri.

Sumber: Mstar

Wan Ariff membuat kenyataan tersebut ketika ditemui di majlis sidang media khas yang berlangsung di pejabat peguam Ruben & Co Advocates & Solicitors. Beliau hadir bersama pelakon baru, Allana Amir untuk memberi sokongan kepada Afifah yang membuat kenyataan berhubung isu yang melanda perkahwinan penyanyi Aliff Aziz. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)