stesen minyak dibaling bom petrol

Sumber foto: Facebook DTTB / Malay Mail Online

Sebuah stesen minyak di Jalan Kuching-Kota Samarahan terselamat daripada kebakaran apabila pekerjanya cepat menyedari ia dilempar bom petrol.

Pada pukul 12.07 tengah malam tadi, dua lelaki menaiki motorsikal mendekati mesin pam di premis berkenaan.

Menerusi kejadian itu, pembonceng segera menyalakan sumbu bom petrol yang diletakkan dalam sebuah botol dan dibaling suspek yang seterusnya lesap dalam sekelip mata. 

Sebaik menyedari apa yang berlaku, dua pekerja stesen minyak itu dengan pantas menyembur debu kering sehingga api dapat dipadamkan dan tidak tersambar pada mesin pam tersebut.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan mereka yang terdiri daripada 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Samarahan bergegas ke lokasi sejurus selepas menerima panggilan kecemasan yang melaporkan insiden tersebut.

"Berikutan kebakaran sudah berjaya dipadam, pihak bomba hanya membuat pemantauan dan mengambil maklumat untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran," ujarnya.

Sumber berita: BH Online


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)