Oleh pada 18 Jan 2018 kategori

Sumber foto: sayangsabah.com

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd. Ali Tamby berkata, pihak polis menafikan berlakunya kes penculikan di Ipoh. Baru-baru ini telah tular di media sosial yang mana kes penculikan pelajar sekolah rendah di sini.

Beliau juga memberitahu bahawa tiada apa- apa kejadian atau unsur- unsur yang boleh disabitkan dengan kes culik yang di dakwa buat masa ini.

Walau bagaimanapun, beliau berkata terdapat laporan polis dibuat oleh pihak sekolah kelmarin. Tetapi laporan tersebut masih dalam siasatan.

Dakwaan satu percubaan menculik di Ipoh antara mesej yang tular di laman sosial. Ianya melibatkan lima murid di luar pagar hadapan sekolah rendah dan penculik lelaki yang bertopeng menaiki van putih. Kejadian belaku pada Jumaat lalu, lebih kurang jam 4 petang.

Terdapat seorang murid perempuan di dalam van tersebut dalam keadaan terbaring menurut mesej tular tersebut.

Satu surat larangan dikeluarkan oleh pihak sekolah tersebut bagi melarang ibu bapa dari masuk ke kawasan sekolah tanpa urusan telah tersebar ekoran dari mesej cubaan menculik yang tular itu.

Sumber berita: Utusan Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)