Oleh pada 25 Oct 2018 kategori

Kredit foto: Fox News

NEW YORK: Bangunan Time Warner Center di New York, disyaki menerima bom yang diletakkan dalam bungkusan.

Susulan itu, bangunan yang juga menjadi tempat pejabat agensi berita CNN beroperasi terpaksa dikosongkan.

bungkusan disyaki bom dihantar kepada obama clinton dan cnn 2

Kredit foto: New York Times

Difahamkan, kediaman calon Presiden kalah, Hillary Clinton dan rumah Barack Obama yang merupakan mantan presiden Amerika Syarikat di Washington, D.C, turut mendapat kiriman sama.

Ia berlaku kurang dua minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya AS.

Dalam pada itu, timbul laporan mengatakan sebuah lagi bungkusan disyaki turut dikirimkan ke White House.

Namun dakwaan itu sama sekali dinafikan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, berdasarkan tweet laporan yang dibuat agensi berita berkenaan, bungkusan itu sebenarnya diarahkan untuk dihantar ke alamat atas nama bekas Pengarah CIA, John Brennan.

Ia diterima di pusat penyisihan mel bangunan pada lingkungan pukul 9 pagi waktu tempatan.

Kini usaha mengeluarkannya dari lokasi bangunan sedang dijalankan. 

           

Fakta Barack Obama

  • Lahir pada 4 Ogos 1961 (kini berumur 57) di Honolulu, Amerika Syarikat.
  • Merupakan seorang peguam dan ahli politik.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Michelle Obama dan dikurniakan dua anak, Malia Ann (kelahiran 1998) dan Natasha atau Sasha (kelahiran 2001).
  • Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke-44 yang dipegangnya akhirnya terpaksa dilepaskan pada 20 Januari 2017, susulan pelantikan pengganti Republikan, Donald Trump. Keluarganya kemudian menyewa di Kalorama, Washington, D.C.

           

Fakta Hillary Clinton

  • Lahir pada 26 Oktober 1947 (kini berumur 71) di Chicago, Illinois, A.S.
  • Seorang ahli politik.
  • Mendirikan rumah tangga dengan Bill Clinton dan dikurniakan seorang anak, Chlesea Clinton.
  • Pada keputusan Presiden Amerika Syarikat ke-45 2016, Clinton selaku calon akhir Presiden bagi Parti Demokrat terpaksa akur apabila calon akhir Presiden Parti Republikan, Donald Trump menewaskannya dengan majoriti mudah iaitu dari keseluruhan 538 pengundian.

              

Sumber: 

1. Astro Awani 

2. Wikipedia [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)