Oleh pada 29 Aug 2018 kategori

Gempar di internet mengenai Sri Pentas mendapat ugutan bom dari entiti yang belum didedahkan. Pada tarikh yang sama iaitu 28 Ogos 2018, berita 'Nightline' juga terpaksa dibatalkan kerana ugutan tersebut dan siaran digantikan dengan rancangan ulangan Majalah 3.

Menurut netizen di laman Facebook, kemungkinan pengganas ISIS yang mengugut namun kami tidak dapat memastikan sama ada komen dari netizen itu bersifat troll ataupun kebenaran.

Ini antara caption yang ditulis oleh pengguna laman sosial bernama Salfian Nawawi : 

Dengar cerita ada ancaman bom di Sri Pentas sekarang. Semua pekerja diarah meninggalkan permis sebagai langkah keselamatan. Difahamkan satu panggilan dari seorang yang menggelarkan dirinya sebagai "Imam Mahdi" kepada Balai Polis Damansara telah diterima dipercayai berkaitan dengan ancaman tersebut.

Berita ini juga disahihkan oleh posting facebook pembaca berita TV3 sendiri bernama Yasir Mansor AlJawla. 

Netizen diminta bertenang dan jangan membuat sebarang spekulasi untuk menjaga keamanan negara. Kita tunggu sahaja apa yang akan terjadi dan laporan dari PDRM sendiri.




Hakcipta iluminasi.com (2017)