Bagi kebanyakan orang, peperangan adalah sesuatu yang sangat menakutkan, namun ia masih mempunyai elemen menarik tentang bagaimana sesejenis senjata itu berfungsi.

Kita tahu tentang pelbagai senjata yang digunakan oleh mana-mana angkatan tentera, termasuk senjata api, peluru berpandu, kereta kebal, bom tangan, dan lain-lain.

Ketika apa-apa sahaja senjata direka, ia biasanya dihasilkan dengan cara supaya ia dapat memberikan kerosakan maksimum kepada sasaran dan berada dalam keadaan paling selamat di tangan individu yang mengendalikannya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan apabila berfikir tentang beberapa daripada senjata ketenteraan, satu soalan yang pasti pernah bermain di minda kebanyakan orang adalah apa yang akan berlaku jika bom tangan ditembak dengan pistol.

Sebelum menjawab soalan ini, kita harus memahami bagaimana sebuah bom tangan berfungsi.

Bom tangan

bom tangan 2

Bom tangan adalah bahan peledak yang biasanya dilemparkan dengan tangan dan dikelaskan sebagai senjata peluru. Bagaimanapun, bom tidak semestinya perlu dilontar.

Pelancar bom tangan juga digunakan untuk meningkatkan jarak lontaran bom tangan.

Sebuah bom tangan secara amnya terdiri daripada caj letupan, mekanisme peletupan dan pin keselamatan di dalam bom tangan untuk mencetuskan mekanisme letupan.

Sebelum bom tangan dilontarkan pada sasaran, tuil keselamatan dicabut yang menyebabkan primer meletup.

Letupan primer menyalakan sumbu atau fius, menyebabkannya terbakar.

Sumbu yang terbakar ini hanya mengambil beberapa saat untuk sampai ke detonator, yang meledakkan caj utama dan menyebabkan bom tangan meletup.

Sekarang anda sudah memahami bagaimana mekanisme dalam sebuah bom tangan berfungsi, kini kita lihat kepada pelbagai jenis bom tangan dan badannya.

anatomi bom tangan

3 jenis bom tangan utama adalah jenis pemecahan, gegaran yang tinggi dan bom asap. Terdapat jenis bom lain, tetapi ini adalah yang utama.

Bom pemecahan adalah jenis bom yang paling biasa digunakan dalam pasukan tentera dan menyelerakkan serpihan bom ketika meletup.

Badan bom tangan pemecahan biasanya diperbuat daripada keluli atau sejenis bahan sintetik keras.

Badan bom tangan ini memastikan bahawa walaupun berlaku kerosakan pada badan, seperti retak atau kemek, tapi ia masih tidak akan meletup.

Bentuk bom tangan biasanya menyerupai buah nenas, tetapi terdapat dalam bentuk yang lebih bulat. Terdapat juga bentuk kayu yang direka ketika Perang Dunia Kedua. 

Peluru

peluru

Peluru ditembak dari senjata api, membuatkannya tergolong sebagai peluru kinetik. Seperti yang kita semua tahu, senjata dihasilkan dalam pelbagai bentuk, saiz dan jarak kuasa yang berlainan.

Begitu juga peluru yang diperbuat dari pelbagai bahan seperti tembaga, plumbum, keluli dan juga lilin!

Reka bentuk peluru mesti dihasilkan dengan beberapa parameter kritikal.

Masalah pertama yang dialami oleh peluru adalah dalam barel pistol, di mana ia mesti membentuk suatu meterai yang kukuh dengan corong senjata.

Sekiranya pemeteraian kuat tidak tercapai, maka gas dari penggalak akan bocor melewati peluru yang membawa kepada kekurangan ketepatan dan kecekapan peluru.

Reka bentuk peluru juga harus dihasilkan agar ia tidak merosakkan corong  pistol. Dengan ini, kelongsong peluru tidak menyebabkan terlalu banyak gesekan dalam corong pistol.

tembakan 849

Pergerakan peluru selepas ia meninggalkan pistol juga memainkan peranan penting dalam keberkesanan peluru itu sendiri. 

Sebenarnya terdapat cabang fizik khas yang berkaitan dengan ini, yang dikenali sebagai fizik balistik.

Dua perkara penting yang memberi kesan kepada pergerakan peluru ialah bentuk peluru dan pergerakan laras pistol apabila peluru keluar daripadanya, juga dikenali sebagai rifting.

Bentuk peluru yang tidak sekata sebenarnya diatasi oleh putaran yang dialami peluru ketika ia ditembak.

Namun, kadar putaran yang lebih besar daripada yang optimum boleh memberikan beberapa kesan yang sangat buruk seperti membuatkannya meletup di udara selepas ditembak atau membuatkan peluru tidak mengenai sasaran.

Bom tangan vs Peluru

pistol tembak bom tangan

Untuk menguji bom tangan terhadap peluru mungkin kelihatan mudah, tetapi ia lebih rumit daripada yang difikirkan berdasarkan beberapa syarat.

Untuk itu, kita cuba menguji bom pemecahan dan pistol tangan biasa. Dalam kes sedemikian, peluru perlu menembusi cangkerang luar untuk membuatkan bom tangan meletup.

Ini menimbulkan masalah untuk penembusan peluru, kerana bahagian luaran bom tangan yang keras pasti kemek, tetapi ia tidak cukup mendalam untuk sampai ke detonator.

Sekalipun sampai ke detonator, ia mungkin tidak akan mempunyai tenaga kinetik yang cukup untuk menyalakan detonator untuk menyalakan caj utama, yang kemudiannya akan menyebabkan letupan utama.

senapang hendap

Dalam kes kedua, di mana kita menggunakan bom pemecahan yang sama, tetapi kali ini dengan senapang sniper berkaliber tinggi, hasilnya adalah sangat berbeza.

Senapang Sniper mengandungi peluru yang berkaliber tinggi dari segi sangat aerodinamik dan sangat kuat dari segi ketepatan dan peletupan.

Dalam kes ini, senapan ini akan dapat menembusi bom tangan dengan secukupnya untuk mencapai caj utama dan menyebabkan letupan.

Oleh itu, kesimpulannya adalah amat sukar untuk meletupkan bom tangan hanya dengan menembaknya menggunakan pistol tangan biasa tetapi boleh berlaku jika menggunakan senapang yang berkuasa tinggi.

Rujukan:

1. Peluru

2. Bom tangan




Hakcipta iluminasi.com (2017)