"Apa yang sepatutnya kita pelajari adalah hakikat bahawa dunia adalah kecil, keamanan itu penting dan kerjasama dalam sains boleh menyumbang kepada keamanan. Senjata nuklear, dalam dunia yang aman, akan mempunyai kepentingan yang terhad," - Edwad Teller.

Edward Teller, bapa bom Hidrogen

Ahli fizik teori Edward Teller sering dirujuk sebagai "Bapa H-Bom." Beliau adalah salah sorang daripada sekumpulan saintis yang mencipta bom atom sebagai sebahagian daripada Projek Manhattan yang diketuai kerajaan Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau juga merupakan pengasas bersama Makmal Kebangsaan Lawrence Livermore, di mana bersama-sama dengan Ernest Lawrence, Luis Alvarez, dan lain-lain, beliau mencipta bom hidrogen pada tahun 1951.

Edward menghabiskan sebahagian besar tahun 1960-an bekerja untuk memastikan Amerika Syarikat sentiasa di hadapan Kesatuan Soviet dalam perlumbaan senjata nuklear.

Pendidikan dan sumbangan Edward Teller 

edward teller 883

Edward Teller dilahirkan di Budapest, Hungary pada tahun 1908. Beliau memperoleh ijazah dalam kejuruteraan kimia dari Institut Teknologi di Karlsruhe, Jerman dan menerima Ph.D. dalam kimia fizikal di Universiti Leipzig.

Tesis doktornya adalah berkenaan ion molekul hidrogen, asas teori orbital molekul yang masih diterima hingga ke hari ini.

Walaupun latihan awalnya berada dalam fizik kimia dan spektroskopi, Edward juga telah memberikan sumbangan besar ke dalam bidang yang pelbagai seperti fizik nuklear, fizik plasma, astrofizik dan mekanik statistik.

Bom Atom

edward teller dan rakan sekerja

Edward Teller adalah individu yang bertanggungjawab mempertemukan Leo Szilard dan Eugene Wigner dengan Albert Einstein, yang mana mereka bersama-sama menulis surat kepada Presiden Roosevelt dan mendesak untuk meneruskan penyelidikan senjata atom sebelum Nazi melakukannya.

Edward bekerja untuk Projek Manhattan di Makmal Nasional Los Alamos dan kemudian menjadi penolong pengarah makmal berkenaan. Dan inilah yang membawa kepada penciptaan bom atom pada tahun 1945.

Bom Hidrogen

letupan bom hidrogen

Pada tahun 1951, ketika masih di Los Alamos, Edward Teller muncul dengan idea untuk senjata termonuklear.

Edward lebih berazam dari sebelumnya untuk memperhebatkan pembangunan senjata berkenaan selepas Kesatuan Soviet meletupkan bom atom pada tahun 1949.

Ini adalah sebab utama mengapa beliau bertekad untuk memimpin pembangunan dan ujian bom hidrogen pertama yang mana membuahkan hasil. 

Pada tahun 1952, Ernest Lawrence dan Edward Teller membuka Laboratorium Kebangsaan Lawrence Livermore, di mana beliau adalah pengarah sekutu dari tahun 1954 hingga 1958 dan dari  tahun 1960 hingga 1965.

Beliau kemudiannya menjadi pengarah dari 1958 hingga 1960.

Selama 50 tahun kemudian, Edward melakukan penyelidikannya di Livermore National Laboratory, dan antara tahun 1956 dan 1960, beliau mencadangkan dan membangunkan kepala peledak termonuklear yang cukup kecil dan ringan untuk dibawa oleh peluru berpandu balistik yang dilancarkan kapal selam.

Anugerah diterima Edward Teller

edward teller menerima anugerah

Edward Teller menerbitkan lebih daripada sedozen buku tentang perkara berkaitan bermula dari dasar tenaga kepada isu pertahanan dan dianugerahkan 23 gelaran kehormat.

Beliau menerima banyak anugerah atas sumbangannya kepada fizik dan kehidupan awam.

Dua bulan sebelum kematiannya pada tahun 2003, Edward Teller dianugerahkan Pingat Kemerdekaan Presiden, iaitu penghormatan awam tertinggi negara semasa majlis khas yang diadakan oleh Presiden George W. Bush di Rumah Putih.




Hakcipta iluminasi.com (2017)