Sekiranya ditanya mengenai letupan paling kuat yang pernah berlaku di atas muka bumi, rata-rata daripada kita pasti teringat akan peristiwa letupan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki yang telah mengorbankan ratusan ribu manusia.

Namun, pada tahun 1908, terdapat satu peristiwa yang berlaku di Tunguska yang telah mengejutkan seluruh dunia. Pada tarikh 30 Jun 1908, telah terjadi satu letupan yang sangat dahsyat sehingga sesetengah pihak menganggarkan kekuatannya adalah 1000 kali ganda lebih kuat daripada letupan bom atom di Hiroshima.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tunguska merupakan sebuah kawasan terpencil yang terletak di Siberia. Letupan yang dianggarkan sekuat 15 megatan itu dikatakan telah memusnahkan 80 juta batang pokok di kawasan seluas 1300 batu persegi.

Dapat dirasai oleh pelbagai buah negara

peristiwa tunguska

Letupan yang sangat kuat ini juga telah menghasilkan gelombang getaran yang dapat dirasai oleh penduduk di beberapa buah negara di Eropah dan Asia. Malah, England yang terletak 4000 batu daripada lokasi letupan ini juga dapat merasai gelombang gegaran yang terhasil daripada letupan ini.

Setelah letupan ini juga, terdapat beberapa perkara unik dan pelik yang telah berlaku. Menurut beberapa orang saksi yang ditemuramah, keadaan langit pada waktu malam seolah-olah bercahaya di kebanyakan kawasan di Asia dan Eropah.

Keadaan pada waktu malam sangat cerah sehinggakan sesetengah penduduk mendakwa mereka tidak perlu membuka lampu untuk membaca ketika waktu malam. 

Pada kekuatan letupan dianggarkan 10 - 15 Megatan ini, ianya mampu memusnahkan sebuah bandar metropolitan dalam sekelip mata sahaja. Namun, kerana kejadian ini berlaku di kawasan yang terpencil maka tiada nyawa manusia yang dilaporkan terkorban secara rasminya.

Apa yang sebenarnya terjadi di Tunguska?

letupan tunguska

Setelah bertahun-tahun lamanya letupan ini terjadi, tiada pihak yang dapat mengesahkan apa yang sebenarnya terjadi pada pagi 30 Jun 1908. Namun, kajian-kajian yang dilakukan pada tapak peristiwa ini telah memberikan beberapa petunjuk kepada para saintis.

Pada awalnya, tidak banyak kajian yang dilakukan mengenai letupan ini memandangkan ianya terjadi di kawasan yang sangat terpencil. Kira-kira 19 tahun kemudian, seorang ahli minerologis dari Russia, Leonid Kulik dan pasukannya telah mula melakukan kajian dan penyiasatan untuk mengetahui punca sebenar letupan itu.

Pasukan ini mengalami kesukaran memadangkan kejadian letupan ini telah berlaku 19 tahun sebelum itu. Mereka tidak berjaya menemui kawah letupan tetapi telah menemui kesan-kesan letupan pada pokok, daun dan ranting kayu. Di tempat letupan itu berlaku, kelihatan seperti padang luas di mana pokok-pokok tidak lagi tumbuh disitu.

Berkemungkinan hentaman meteor atau komet

asteroid 625

Sejak sekian lamanya, para saintis masih berdebat mengenai punca sebenar kejadian letupan ini. Ramai saintis percaya ianya adalah letupan yang disebabkan hentaman bendasing seperti komet atau meteor ataupun kejadian seumpanya yang berlaku secara semulajadi.

Walau bagaimanapun, tiada kawah yang ditemui ditempat kejadian. Terdapat juga pendapat yang mengatakan bendasing ini mungkin meletup terlebih dahulu dan sudah terurai pada altitud 5 hingga 10 kilometer sebelum ianya menghentam permukaan bumi.

Para saintis percaya bahawa tenaga haba daripada daripada letupan ini mungkin telah menyebabkan kebakaran pada pokok-pokok di tempat kejadian. Namun, gelombang yang terhasil daripada letupan ini telah memadamkan api yang terhasil. Disebabkan itulah tiada kesan kebakaran yang ditemui pada pokok dan daun, sebaliknya yang sedikit kesan hangus yang kelihatan.

Kejadian letupan paling besar di atas muka bumi ini juga telah menarik perhatian ramai saintis untuk mengkajinya. Dianggarkan terdapat lebih daripada 100o jurnal kajian mengenai kejadian letupan di Tunguska ini yang telah diterbitkan di seluruh dunia.

Kredit:

  1. Wikipedia
  2. Britannica Encyclopaedia
  3. Forbes



Hakcipta iluminasi.com (2017)