Oleh pada 06 Dec 2017 kategori

spain sepanyol bukan ke sama netizen persenda kapsyen aliff syukri 1

Usahawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri memaklumkan akan berangkat ke Sepanyol untuk menjayakan penggambaran muzik video single sulungnya, Abang Nak Tegur - duet bersama Nur Sajat.

Jutawan berusia 30 tahun itu berkata, dia akan ke tiga buah negara untuk tujuan tersebut.

Kenyataan itu dibuat menerusi laman Instagramnya, @aliffsyukriterlajaklaris pada dua hari lalu.

spain sepanyol bukan ke sama netizen persenda kapsyen aliff syukri 2

Pun begitu, kapsyen beliau menjadi bahan ketawa para pengikutnya dan rata-ratanya mengajukan soalan kepada Aliff - di mana letaknya negara Matrix, Spain dan Sepanyol?

Malah kesalahan ejaan yang terlalu banyak dalam entri itu turut mendapat kecaman.

spain sepanyol bukan ke sama netizen persenda kapsyen aliff syukri 3

@muhammadhairul_red: Betulkan ejaan tu. Eja video asyik salah sahaja. Anak buah aku 5 tahun pandai mengeja dengan betul. Ejaan lain jangan kira lah terabur 'baq hang'. Dato ni jutawan tapi senang diperbodohkan. #openyoureyes

@eyqaidris: Nak masuk matrik mana tak tau.

@azam_46: Spain - Sepanyol sama saja.

@shimshima_hashim: Wow dato. Mentang-mentang cakap umur ada tak macam 18 tahun hari ini terus nak masuk matrik semula. Cayalah dato.

Di kesempatan yang sama, netizen masih mengkritik lagu Abang Nak Tegur, yang menerima banyak 'dislike' di laman Youtube.

Rata-ratanya menyalahkan Sajat sebagai perosak lagu berkenaan kerana vokalnya yang dianggap tidak layak untuk bergelar penyanyi.

@hasyriqmario: Jujur daripada saya, kalau dato solo, rasanya dah ramai 'like'. Bukan nak kata suara Nur Sajat tu tak sedap. Suara jadi lagi sedap kalau dia keluarkan suara yang betul. Industri muzik sekarang muka tak dipandang, tapi bakat. Kalau saya labur satu juta dollar untuk 1% daripada syarikat dato, dato setuju tak?

@hzrth_: Bila masuk part Sajat, jahanam!

@zrithsufie_23: Suara Nur Sajat tu pengacau.

@[email protected]_: Betul, suara Sajat tu tak tentu arah langsung.

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri
Sumber berita: Astro Gempak 

tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)