Oleh pada 23 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Barangkali untuk mempromosikan jenama produk dan strategi pemasaran, pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat menceburkan diri dalam dunia nyanyian.

Aliff menerusi laman Instagramnya berkongsi teaser lagu sulungnya, duet bersama Sajat.

selepas vida giliran lagu duet aliff syukri dan sajat jadi bahan 2

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Difahamkan, lagu tersebut membawa mesej agar manusia terus setia dalam perhubungan dan memupuk kasih sayang.

Dikatakan, tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan lagu ini berlarutan sehingga enam bulan!

Menerusi reaksi netizen, rata-ratanya dilihat meminati suara Aliff, namun mengecam nada vokal Sajat yang dianggap merosakkan lagu.

Lebih pedas, ada yang mahu pasangan ini berhenti menyanyi!

selepas vida giliran lagu duet aliff syukri dan sajat jadi bahan 3

selepas vida giliran lagu duet aliff syukri dan sajat jadi bahan 4

Kredit foto: Beautifulnara

Persoalannya, adakah lagu tersebut bakal meletup seperti single rakan seperjuangan mereka, Datuk Seri Vida 'I Am Me'? Sama-sama kita nantikan.

Sumber berita: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)