Oleh pada 09 Sep 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Pengasas kosmetik, Datuk Aliff Syukri berduet bersama usahawan sensasi, Nur Sajat dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya.

Mereka berpadu suara secara santai dalam lagu popular penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza berjudul Percayalah.

Meskipun nyanyian mereka dilihat hanyalah sekadar "suka-suka", namun sehingga kini berjaya meraih lebih 280 ribu tontonan dan 800 komen.

Kolaborasi itu bertambah hangat apabila Aliff menerusi kapsyennya menyeru para peminat untuk mengundi vokal siapa yang lebih merdu.

video duet aliff syukri dan nur sajat dapat tontonan tinggi 2

Kredit foto: Instagram Datuk Aliff Syukri

Sila afundi. Siapa lagi merdu? Saya atau @nursajat02? Tag rakan kamu semua untuk undi kami.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur, di samping masing-masing turut mengutarakan pilihan undian mereka.

Untuk info, Aliff juga adalah penaja program AF Megastar yang akan memasuki persaingan minggu kedua pada Ahad ini.

Konsert Homecoming Minggu 2 bakal mempertaruhkan 12 lagi bekas pelajar Akademi Fantasia bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya.

AF Megastar bersiaran setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.




Hakcipta iluminasi.com (2017)