Oleh pada 22 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Nur Sajat & New Straits Times

Usahawan kosmetik, Nur Sajat mengakui terasa hati dengan tindakan Datuk Seri Aliff Syukri memarahinya di hadapan khalayak sewaktu pembikinan video muzik Abang Nak Tegur di Sepanyol, baru-baru ini.

Merasakan pengorbanannya seperti tidak dihargai, Sajat berkata, dia turut mengalirkan air mata.

"Memang saya terasa hati dengan Datuk Seri Aliff bila dia marah saya di hadapan umum. Mungkin waktu itu kami tertekan dan penat dengan cuaca sejuk lagi.

"Saya menangis sebab rasa macam pengorbanan saya tinggalkan kerja di Malaysia untuk menjalani penggambaraan di Sepanyol tidak dihargai," katanya menurut portal Mstar Online.

Sajat membuat kenyataan tersebut di majlis sidang media pelancaran lagu Abang Nak Tegur versi 2.0 nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida yang berlangsung di Flora Terrace, Kuala Lumpur pada Selasa.

sajat terasa hati dengan aliff syukri 2

Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Sementara itu, Sajat akui Aliff ada datang kepadanya selepas 'insiden' itu untuk memohon maaf.

Kata usahawan berusia 32 tahun itu, beliau kagum dengan sikap Aliff yang berani berterus-terang mempamerkan perasaannya.

"Selepas itu, Aliff ada memohon maaf pada saya dan isterinya juga ada hubungi saya untuk berbincang perkara tersebut. Semuanya dah selesai dengan baik.

"Ia bukan drama yang kami sengaja cipta. Aliff seorang yang berterus-terang, dia tak suka simpan apa yang dia rasa dan itu sangat bagus.

"Tak elok kita simpan perasaan marah atau sakit hati. Biar lepaskan terus. Saya pun faham perasaan dia bila begnya dicuri pada hari pertama," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Sajat tidak merancang untuk menceburi bidang nyanyian dan lakonan secara serius buat masa ini.

Katanya, keutamaan masih diletakkan pada perniagaan kosmetik yang semakin berkembang, diikuti perniagaan jualan emas pada masa hadapan.

"Menjadi penyanyi dan pelakon adalah nombor enam dalam carta kehidupan saya. Buat masa ini memang saya tidak ada lagi perancangan untuk ke arah itu.

"Saya masih utamakan perniagaan yang semakin maju dan tidak lama lagi saya akan buka perniagaan jual emas pula," katanya.

Sumber berita: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)