Pernahkah anda mengenali seseorang yang hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja, terutamanya yang mempunyai status yang lebih tinggi daripadanya sahaja baik dari segi kekayaaan, kuasa dan pengaruh?

Golongan ini dikenali sebagai social climber.

Golongan social climber ini gemar berdamping dan berkawan dengan seseorang yang mempunyai status lebih tinggi daripadanya dengan harapan mereka mendapat tempias dari pada orang tersebut dan anggapan bahawa masyarakat sekeliling juga akan menyanjung tinggi terhadap mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

showoff 996

Social Climber Merupakan Satu Penyakit Jiwa

Seorang social climber boleh dikatakan mengalami penyakit jiwa. Mereka gemar mempamerkan sesuatu kemewahan seperti makan di tempat mahal, membeli telefon mahal, membeli pakaian berjenama dan mahal dan sebagainya.

Golongan seperti ini sanggup berhabis ribuan ringgit untuk berbelanja membeli pakaian mahal, kereta mahal, pakaian mahal, bercuti mahal dan sebagainya dengan niat untuk menunjukkan kepada orang lain mereka mempunyai banyak wang dan wajar dihormati. 

1451 perlukah jadi social climber untuk bisa eksis 1

Bagi mereka, tidak mengapa sekiranya terpaksa mengikat perut asalkan boleh menunjuk-nunjuk kepada orang lain.

Bahaya Social Climber

Golongan muda yang merupakan golongan yang mudah terdedah kepada cara hidup social climber. Mereka ingin dilihat lebih berjaya berbanding rakan-rakan yang lain. 

Maka tidak hairanlah golongan muda merupakan golongan yang paling ramai menjadi akibat membeli kereta mewah melebihi kemampuan. Golongan muda ini jugalah yang terpaksa mengikat perut setiap bulan dan pening kepala memikirkan hutang kereta yang perlu dilangsaikan setiap bulan.

Solusi?

Selalunya orang yang mengamalkan gaya hidup social climber ini adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Mereka sanggup berhabis wang ringgit agar tidak dilihat miskin dan tidak berkemampuan berbanding rakan-rakan yang lain.

Oleh itu, pilihlah rakan yang sesuai. Selain itu, pastikan anda mempunyai perancangan kewangan yang kukuh. Berpijaklah di bumi yang nyata ketika berbelanja. Ingat, apabila anda ketiadaan wang kelak mungkin tiada siapa yang akan membantu anda.




Hakcipta iluminasi.com (2017)