Percutian adalah sesuatu yang sepatutnya memberikan kita ketenangan dan meninggalkan semua kerisauan.

Namun, ramai di antara kita yang tidak mengambil berat tentang kesihatan ketika bercuti. Ini sekaligus membuatkan mereka mudah dijangkiti penyakit di pelbagai kawasan dan negara yang akhirnya akan merosakkan percutian.

iluminasi.com kongsikan 10 penyakit yang ramai tak tahu boleh dijangkiti ketika bercuti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Hantavirus

penyakit hantavirus

Berkhemah atau tinggal dalam kabin di kawasan kampung dapat mengurangkan kos ketika mengembara.

Namun, anda perlu lebih berhati-hati jika memilih cara begini. Jika anda tinggal di kabin atau tapak perkhemahan di mana tikus datang dan pergi, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih teliti untuk mengelakkan hantavirus.

Hantavirus adalah sejenis penyakit yang sangat berbahaya dan boleh membunuh, berjangkit daripada air kencing dan najis tikus.

Jika anda tersentuh najis tikus di kawasan seperti ini, membasuhnya sahaja tidak cukup kerana ia masih boleh tersebar. Untuk menghilangkan dengan sebetulnya, anda perlukan peluntur, sarung tangan dan topeng muka.

2. Malaria

penyakit malaria ketika melancong

Disebarkan oleh nyamuk, malaria mencetuskan masalah besar bagi penduduk pribumi dan pengembara yang memasuki kawasan endemik ini.

Menurut Thomas M. Miller, MD, profesor perubatan dan pengarah Klinik Pelancongan Perubatan Dalaman UNC, mereka yang menuju ke Afrika, Amerika Tengah atau Selatan, dan sebahagian besar dari India dan Asia Tenggara, harus membawa ubat malaria prophylactic bersama mereka.

Cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri anda daripada digigit nyamuk.

Nyamuk Anopheles yang membawa malaria paling aktif pada waktu senja dan subuh. Gunakan kelambu dan penyembur serangga, dan pakai seluar panjang serta baju lengan panjang selama waktu berada di kawasan tersebut. B

3. Kanser kulit

kanser kulit akibat terdedah kepada matahari terlalu lama  

Kanser kulit adalah kanser yang paling biasa berlaku, malah lebih lazim daripada kanser payudara, prostat atau paru-paru.

Sebagai ahli dermatologi Dr. Paul Yamauchi berkata bahawa semakin anda terdedah kepada matahari, semakin penting untuk anda mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri anda daripada terkesan.

Sebagai tambahan kepada krim pelindung matahari, anda perlu berhati-hati dengan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan sensitif terhadap cahaya.

Ini termasuklah ubat-ubatan seperti ubat tekanan darah tinggi dan antibiotik tertentu.

Pakai krim pelindung matahari dan pakaian yang menutupi bahagian badan untuk mengelakkan daripada 

Pakailah pakaian pelindung matahari dan pelindung untuk mengelakkan sensitiviti cahaya daripada berlaku dan dapatkan rawatan perubatan jika pembakaran pada kulit pada tahap yang teruk.

4. Schistosomiasis

schistosomiasis

Schistosomiasis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing parasit.

Dan jika ini masih tidak cukup membuatkan anda risau, anda perlu tahu bahawa kebanyakan orang tidak menyedari bahawa mereka dijangkiti penyakit ini ketika cacing-cacing ini "menjajah" organ-organ seperti hati, usus, pundi kencing dan organ lain.

Gejala-gejala awal termasuklah gatal pada kulit, demam, menggigil, batuk dan sakit otot. Semua gejala ini berpunca daripada tindak balas badan terhadap telur cacing ini.

Cacing ini biasanya memasuki badan manusia daripada air minuman yang tercemar di bahagian-bahagian di Afrika, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Caribbean.

Tiada vaksin atau ubat-ubatan untuk mencegah, jadi anda perlu lebih berhati-hati ketika meminum air.

5. Demam denggi

demam denggi ketika melancong

Ramai orang tidak menyedari bahawa demam denggi yang juga dikenali sebagai demam "breakbone", adalah bahaya yang boleh dijangkiti di pantai-pantai indah di Caribbean, Amerika Selatan dan Tengah, Kepulauan Pasifik Barat, Australia, Asia Tenggara dan Afrika.

Menurut Dr. Yesim Tozan, profesor klinikal di jabatan kesihatan global Universiti New York, terdapat 128 buah negara yang membawa risiko penyakit ini.

Sebagai penyakit yang dibawa oleh nyammuk, demam denggi mungkin mencetuskan gejala-gejala teruk, atau langsung tidak menunjukkan tanda-tanda anda dijangkiti. Walaupun ia jarang membunuh, demam ini boleh menyebabkan masalah besar kepada mereka yang mengembara kerana ia boleh mengganggu perjalanan dan dimasukkan ke hospital.

Demam denggi adalah penyakit kedua yang paling kerap menyebabkan pengembara dimasukkan ke hospital selepas malaria.

6. Influenza

influenza ketika melancong

Kita biasanya memberikan perhatian kepada "musim" selesema sahaja, namun ia boleh berlaku sepanjang tahun. 

Klinik GeoSentinel mengumpul data tentang penyakit pada pelancong dan mendapati bahawa influenza adalah penyakit yang paling biasa boleh dielakkan. Apa yang perlu dilakukan adalah mendapatkan suntikan vaksin.

Di Amerika Syarikat, influenza muncul pada bulan-bulan musim panas. Di kawasan tropika, selesema boleh disebarkan pada bila-bila masa sepanjang tahun tetapi biasanya tidak menyebabkan epidemik.

Anda berisiko tinggi apabila berada di lapangan terbang atau kawasan yang sibuk dan sesak. Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin beberapa minggu sebelum anda melancong.

7. Cirit-birit

cirit birit ketika melancong

Dr. Miller menganggarkan bahawa sehingga 40% daripada pengembara akan mengalami penyakit yang menyebabkan ketidakselesaan yang sangat teruk apabila mereka mengembara ke negara-negara tidak membangun.

Penyediaan makanan adalah penyebab utama penyakit ini di mana sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih, daging yang tidak dimasak dengan betul dan air minuman yang tercemar menjadi sumber isu ini. 

Pesakit akan mengalami cirit-birit di antara 4 dan 5 hari, serta kekejangan pada bahagian abdomen. Kes-kes sederhana boleh diubati dengan ubat yang boleh dibeli dari farmasi seperti Pepto-Bismol atau Imodium.

Bagi jangkitan yang lebih teruk, antibiotik yang diambil bersama-sama Imodium boleh memendekkan jangka masa penyakit kepada 12 jam.

8. Hepatitis A

hepatitis a

Penyakit Hepatitis A disebarkan melalui makanan yang tercemar, biasanya oleh pekerja yang tidak membasuh tangan dengan bersih selepas pergi ke tandas.

Cara terbaik untuk mencegah diri anda adalah dengan satu siri vaksin sebelum berlepas.

Ini adalah langkah berjaga-jaga yang anda perlu ambil serius kerana virus ini akan menyerang hati anda, menyebabkan demam, sakit abdomen, letih dan demam kuning. Jika tidak dirawat, ia boleh berlanjutan sehingga sebulan.

Satu vaksin hepatitis A memberikan pengembara 95% perlindungan dalam masa 14 hari. Vaksin kedua iaitu 6 bulan kemudian, melengkapkan siri ini dan memberikan 99% perlindungan sepanjang hayat.

9. Demam tifoid

demam tifoid dari air tercemar  

Jarang berlaku di kawasan industri seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah barat, Australia dan Jepun, demam tifoid adalah penyakit yang perlu menjadi kerisauan di seluruh dunia. Menurut Dr. George, kawasan yang mempunyai kebarangkalian paling tinggi untuk dijangkiti demam ini adalah di Asia Tenggara.

Juga merupakan bakteria yang tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar, demam tifoid boleh membawa kepada demam panas, letih, lemah, sakit perut, sakit kepala, hilang selera makan, cirit-birit dan ruam.

Jika tidak dirawat, jangkiti ini boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman dan kemungkinan kematian.

Demam tifoid dirawat dengan antibiotik dan boleh didiagnos melalui ujian darah atau najis.

10. Parasit kulit

leishmaniasis

Nyamuk bukanlah satu-satunya serangga yang menggigit yang anda perlu risaukan.

Terdapat pelbagai jenis parasit kulit yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan dari ulser sehinggalah kepada kegagalan organ.

Oleh sebab itu, dicadangkan kepada mereka yang suka mengembara untuk kerap menggunakan penghalau serangga.

Salah satu parasit kulit yang sangat berbahaya termasuklah leishmaniasis, yang disebarkan oleh lalat pasir. Ia boleh membentuk ulser pada kulit dan merosakkan limpa serta hati anda. 

Rujukan:

1. Hantavirus

2. NBC News

3. The Healthy




Hakcipta iluminasi.com (2017)