Anjing seringkali diletakkan sebagai 'rakan baik manusia', kerap kali digambarkan dalam filem dan media tentang kesetiaannya menjaga dan melindungi tuannya. Walaupun begitu, anjing juga kerap menjadi isu kontroversi apabila menjadi bahan bualan - khasnya melibatkan percanggahan pendapat tentang haiwan tersebut di negara kita.

Isu asalnya pastilah akan terkait dengan pandangan agama Islam yang banyak menegah dan mencegah Muslim daripada membela anjing - sehinggakan setiap tahun isu sama pasti akan berbangkit. Anjing diletakkan sebagai haiwan yang menanggung banyak stigma dan diskusi tentangnya juga, akan menyebabkan masyarakat kita mempunyai pandangan berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Walau bagaimanapun, anjing kerap kali dikaitkan dengan penyakit-penyakit tertentu dan yang menakutkan, jangkitan-jangkitan berbentuk 'zoonotic' atau mampu menjangkiti manusia agak tinggi juga jumlahnya. Tahukah anda tentang jangkitan-jangkitan anjing ini?

1. Rabies (anjing gila)

aniing gila virus bahaya

Salah satu jangkitan paling ditakuti kerana risikonya yang sangat tinggi. Penyakit anjing gila merupakan sejenis penyakit yang telah direkodkan beribu tahun lamanya berlaku dengan kadar kematian yang sangat tinggi, bagi mereka yang dijangkitinya. Berpunca daripada sejenis virus yang digelarkan sebagai 'Rhabdoviridae' atau RNA, seramai 30,000 ke 70,000 orang meninggal dunia setiap tahun kerana jangkitan ini berdasarkan kepada statistik WHO.

Walaupun bukan anjing sahaja penyebar utama virus RNA ini - rakun, kelawar dan musang juga boleh menyebarkan virus sama - anjing merupakan penyebab utama penyakit 'rabies' berikutan jumlahnya yang banyak dan hubungannya dengan manusia.

Cara perpindahannya adalah dengan melalui air liur haiwan yang membawa virus tersebut, dengan gigitan anjing menjadi metode utama penyebaran di negara-negara seluruh dunia.

2. Brucellosis

polemik anjing dan masyarakat malaysia

Salah satu jangkitan daripada anjing yang paling popular, disebabkan oleh sejenis bakteria yang dinamakan sebagai 'brucella', sama ada melalui sentuhan, luka atau termakan/terminum sesuatu yang telah tercemar. Jangkitan melalui anjing digelarkan sebagai 'B.canis' dan menjadi antara jangkitan disebabkan anjing paling kerap berlaku di seluruh dunia.

Kajian yang dijalankan mendapati golongan petani atau peladang yang kerap kali terdedah kepada cecair yang dilepaskan oleh anjing seperti air liur atau peluh, merupakan golongan tertinggi dijangkiti bakteria tersebut. Jangkitan 'brucelossis' kebiasaannya ditemui pada lelaki, dengan simptom seperti demam berpanjangan pada siang hari, sakit-sakit badan, batuk, sakit kepala dan beberapa tanda lain.

Tanda jangkitan berlaku pula hanya boleh diketahui selepas 5 ke 30 hari bakteria tersebar, dengan individu yang dijangkiti 'b.canis' selalunya akan mula menghidap muntah-muntah dan cirit-birit sebagai tanda awal jangkitan sedang merebak.

3. Campylobacter

bahaya air liur anjing

Jangkitan campylobacter merupakan sejenis jangkitan bakteria, disebabkan oleh sejenis bakteria berbentuk melengkung yang kerap kali dipindahkan daripada anjing kepada manusia. Dua jenis yang kerap menyerang manusia adalah 'campylobacter jejuni' dan campylobacter coli.'

Cara penyebarannya pula adalah dengan melalui sentuhan yang berlaku, melibatkan individu dengan anjing yang dijangkiti walaupun anjing itu tampak berkeadaan biasa atau sihat sahaja.

Kesan c.jejuni dan c.coli pada manusia tidaklah membahayakan nyawa sekiranya dirawat dengan betul. Individu yang dijangkiti akan menghadapi demam panas berpanjangan selama 1 ke 7 hari, muntah-muntah, sakit badan dan sakit perut. Bagi kes kronik, pendarahan pada najis akan berlaku dengan kadar 50% pesakit campylobacter akan mengalami simptom sedemikian.

4. Capnocytophaga canimorsus

anjing gigit manusia

Selain anjing, kucing juga mampu menjadi ejen penyebar bakteria ini. Tersebar melalui jilatan, gigitan atau hanya berada berdekatan dengan haiwan tersebut - dengan kes-kes yang kerap berlaku melibatkan jilatan anjing sebagai punca.

Bakteria ini akan menyerang tisu di bahagian mulut dan tekak, menyebabkan jangkitan pada bahagian mulut, hidung, tekak dan paru-paru, menyebakan berlakunya radang pada mata serta melemahkan gusi sehingga mampu mengakibatkan berlakunya masalah akar lemah pada gigi.

Sekiranya seseorang itu mempunyai daya tahan imunisasi yang lemah, jangkitan bakteria ini mampu menyebabkan individu tersebut mengalami septicemia - menyebabkan darah dalam badannya mengalami infeksi. (CDC Capnocytophaga)

5. Canine leptospirosis

anjing minum air tercemar sebar wabak

Ketika artikel ini ditulis, Amerika Syarikat sedang mengalami wabak jangkitan ini di dua daerah iaitu Oklahoma dan Utah. Dianggap jarang berlaku pada anjing, leptospirosis berpunca daripada anjing yang telah tersentuh atau terkena badan air yang dicemari kencing tikus - sama ada melalui cara minum, berenang atau terpercik pada badannya.

Selepas menjangkiti anjing, bakteria itu akan membiak sehingga menyebabkan anjing tersebut mula menunjukkan tanda-tanda diserang penyakit, menyebabkannya demam panas. Sekiranya tidak dirawat, bakteria itu akan mula membiak di bahagian buah pinggang dengan banyak sehingga menyebabkan organ tersebut mula gagal berfungsi.

Bagi mengelakkan penyakit ini daripada merebak, tuan punya anjing dinasihatkan agar tidak membiarkan haiwan peliharaan anda minum atau bermain dalam kawasan di mana airnya bertakung atau bergerak perlahan serta mengelakkan anjing anda bersentuhan dengan haiwan-haiwan lain - khasnya rakun dan tikus. (Rare disease spread via rat urine)

Rujukan

Review of bacterial and viral zoonotic infections transmitted by dogs




Hakcipta iluminasi.com (2017)