Sekiranya kita diculik oleh penjenayah dan dijadikan tebusan, sudah pastilah kita akan berada dalam ketakutan kerana risau akan keselamatan kita. Pada masa yang sama, kita akan berasa marah kpeada penjenayah tersebut kerana diri kita telah dipergunakan dan dijadikan mangsa tebusan.
Namun, tahukah anda terdapat satu keadaan atau sindrom pelik yang menyebabkan mangsa penculikan boleh mempunyai perasaan simpati dan kasihan kepada penjenayah yang telah menculik mereka. Kedengaran pelik bukan?
BESARKAN TEKS A- A+
Keadaan ini dikenali sebagai Sindrom Stockholm (Stockholm Syndrome). Malah, pihak penyiasat FBI di Amerika SYarikat sendiri telah membuat pendedahan yang mengejutkan ini dimana mereka mendapati terdapat 8% mangsa penculikan menunjukkan bukti apa yang dikenali sebagai Sindrom Stockholm ini.
Lebih pelik, golongan penjenayah ini bukan sekadar penculik, malah 96% daripadanya adalah yang melibatkan kes bunuh diri, keganasan rumah tangga dan termasuklah orang yang mempunyai hubungan sebelumnya dengan mangsa.
Kenali Sindrom Stockholm
Penembak tepat yang bersiap sedia di hadapan bank dalam tragedi rompakan bank Kreditbanken di Stockholm, Sweden
Istilah ini pertama kali digunakan oleh media pada tahun 1973 apabila merujuk pada 4 orang mangsa yang dijadikan tebusan semasa rompakan bank di Stockholm, Sweden. Keempat-empat orang mangsa tebusan ini berkelakuan pelik apabila seolah-olah mempertahankan penjenayah tersebut dengan tidak mahu mmberi keterangan di mahkamah.
Tindakah mereka ini langsung tidak disebabkan berasa takut kerana sudah diugut oleh penjenayah untuk berbuat demikian. Sebaliknya, ia tindakan sukarela yang dibuat oleh kesemua mangsa bagi mengelakkan penjenayah tersebut didapati bersalah oleh pihak mahkamah.
Sindrom Stockholm adalah paradoks kerana sentimen simpati mangsa tawanan terhadap penculik mereka adalah bertentangan dengan ketakutan yang sepatutnya dialami oleh mangsa penculikan itu sendiri. Ianya adalah kecenderungan secara psikologi mangsa untuk mempunyai hubungan baik atau bersimpati dengan individu yang melakukan kejahatan kepada mereka.
Ciri-ciri Sindrom Stockholm
Walaupun perkara ini dianggap sebagai fenomena psikologi, Sindrom Stockholm bukanlah masalah mental. Sebaliknya, ia dikelaskan sebagai sindrom. Untuk didiagnosis dengan sindrom seperti Sindrom Stockholm, seseorang harus menunjukkan hampir kesemua gejala yang berkaitan dengan sindrom ini sendiri.
Terdapat empat komponen utama yang mencirikan sindrom Stockholm:
- Mangsa tebusan mempunyai perasaan positif terhadap penculik merreka
- Tiada hubungan sebelum ini antara tebusan dan penculik
- Penolakan oleh tebusan untuk bekerjasama dengan pasukan polis dan pihak berkuasa kerajaan yang lain (kecuali penculik itu sendiri menjadi ahli pasukan polis atau pihak berkuasa kerajaan).
- Kepercayaan tebusan terhadap nilai kemanusiaan penculik kerana mereka berhenti melihat penculik tersebut sebagai ancaman
Sejarah Sindrom Stockholm
Tidak seperti kebanyakan sindrom lain yan ditemui oleh para doktor berdasarkan simptom-simptom yang ditemui pada pesakit. Asal-usul Sindrom Stockholm pertama kali dikesa pada satu peristiwa rompakan bank di Stocholm pada tahun 1973.
Pada peringkat awal, kewujudan sindrom ini dipertikaikan kerana seakan-akan tidak logik. Tindakan dan sikap yang serupa dengan mereka yang menderita sindrom Stockholm juga ditemui dalam mangsa penderaan seksual, pemerdagangan manusia, keganasan, dan penindasan politik dan agama.
Pada pagi 23 Ogos 1973, Jan-Erik Olsson yang sememangnya sudah berada dalam senarai penjenayah yang dikehendaki, telah masuk ke Kreditbanken, sebuah bank di Stockholm, Sweden. Dia kemudiannya menembak dua pegawai polis Sweden sebelum mengambil empat tebusan pekerja bank.
Sebagai sebahagian daripada senarai tuntutan yang dikeluarkan kepada pihak berkuasa, dia mengarahkan pihak polis membawa Clark Olofsson, salah seorang kawannya dari penjara, dibawa kepadanya.
Mangsa rompakan di bank di Stockholm bersama penculik mereka
Para tebusan ini telah ditahan selama 6 hari sebelum pihak polis akhirnya menggunakan gas pemedih mata untuk melepaskan tebusan dan menangkap penjenayah ini. Kejadian ini telah menarik perhatian seluruh dunia. Walau bagaimanapun, sepanjang 130 jam itu, satu lagi perkara yang pelik berlaku.
Tebusan Olsson mula merasakan simpati terhadap penangkap mereka. Seorang tebusan, Kristin Ehnmark, memberitahu pemberita selepas kejadian itu bahawa dia dan rakan-rakannya lebih takut kepada polis daripada Olsson. Dia dan rakannya yang lain memberitahu pihak berkuasa bahawa mereka dilayan dengan baik oleh Olsson, walaupun dia menjadikan mereka sebagai tawanan.
Selain itu Olsson memberikan jaketnya kepada Kristin apabila dia mula menggigil dan ketika Elizabeth Oldgren, seorang lagi tebusan berasa sesak (claustrophobic), Olsson membiarkannya berjalan di luar bilik kebal di mana dia memegang semua orang tebusan.
Perasaan simpati terhadapn Olimpson berterusan walaupun selepas kejadian tersebut berakhir dan sebahagian daripada mereka juga pergi melawat Olsson di penjara kerana berasa kasihan dengannya.
Individu yang mempunyai Sindrom Stockholm juga boleh bergantung secara emosi kepada penjenayah. Hal ini kerana seorang mangsa yang mempunyai Sindrom Stockholm mungkin menjadi semakin ketakutan dan tertekan dan akan menjadikan keupayaan untuk menjaga diri mereka sendiri semakin menurun.
Ketakutan ini seterusnya akan menjadikan mereka lebih bergantung kepada penculik mereka untuk menjaga diri mereka.
Penyebab Sindrom Stockholm
Mangsa Sindrom Stockholm mungkin akan menolak untuk diselamatkan oleh pihak berkuasa kerana berasa selamat di bawah jagaan penjenayah
Tidak ada penjelasan jelas mengapa Sindrom Stockholm berlaku. Pakar-pakar kesihatan mental telah mencadangkan ianya adalah strategi perlindungan dan cara mengatasi ketakutan oleh mangsa penderaan emosi dan fizikal.
Dalam sebuah laporan kesihatan yang diterbitkan pada 1995, Dee L. R. Graham, pakar psikologi dan Profesor di University of Cincinnati dan rakan-rakannya menerangkan bahawa sindrom Stockholm kemungkinan besar akan berlaku di bawah empat syarat berikut:
- Mangsa merasakan ancaman yang dirasai untuk kelangsungan hidup mereka di tangan penculik mereka.
- Mangsa melihat kebaikan kecil yang datang dari penculik mereka, seperti menerima makanan atau tidak mendapat sebarang kecederaan
- Mangsa diasingkan dari perspektif selain daripada penculik mereka
- Mangsa merasakan mereka tidak dapat melarikan diri dari keadaan mereka
Satu penjelasan mengenai kemungkinan bagaimana sindrom ini terjadi adalah pada mulanya, penjenayah mungkin mengancam untuk membunuh mangsa dan hal ini akan menimbulkan ketakutan pada mangsa. Namun, apabila penculik tidak mencederakan mangsa, mangsa mungkin merasa bersyukur dan berasa selamat di bawah jagaan penculik. Mangsa berasa seolah-olah penjenayah itulah yang sedang menjaga mereka.
Kredit: