Dalam kebanyakan kes, apabila seseorang penjenayah ditangkap dan didapati bersalah, mereka akan dikenakan hukuman yang setimpal mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Sekiranya hukuman yang diberikan terlalu ringan, mangsa atau keluarga mereka biasanya akan memohon kepada mahkamah agar hukuman lebih berat dikenakan kepada penjenayah. Dalam sesetengah kes, mereka akan menyaman penjenayah tersebut.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mungkin kedengaran agak pelik, tetapi sebenarnya ada juga beberapa kes di mana penjenayah sendiri yang telah menyaman mangsa mereka. Berikut merupakan antara beberapa kes yang popular:

Rick Earl Bodine

Pada 1982, Rick Bodine dan beberapa rakan telah merancang untuk mencuri lampu spotlight di sekolah lama mereka pada waktu malam. Lampu tersebut terletak di atas bumbung dan mereka perlu memanjat untuk mengambilnya. Beliau berjaya mengambil lampu pertama dan menyerahkan kepada kawannya. Ketika sedang dalam perjalanan untuk mencuri spotlight kedua, tiba-tiba beliau terpijak sebuah lamput spotlight yang dicat seperti warna warna bumbung lalu menyebabkan beliau terjatuh dari ketinggian 8.2m.

Beliau telah terjatuh ke gimnasium sekolah dengan keadaan kepala terhempas ke tanah. Kawan-kawannya telah menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan rawatan. Akibat daripada kemalangan itu, beliau mengalami kecederaan yang sangat teruk. Peguamnya telah menyaman pihak sekolah atas lampu spotlight yang dicat menyerupai warna bumbung itu mengelirukan dan boleh menyebabkan kemalangan.

Jesse Dimmick

penjenayah

Pada 2009, seorang penjanayah Jesse Dimmick telah terlibat dalam aktiviti kejar-mengejar dengan pihak polis. Ketika cuba melarikan diri, van yang dicurinya itu telah merempuh kawasan rumah keluarga Rowley. Beliau telah masuk ke dalam rumah tersebut dengan mengugut untuk membunuh mereka. Bagi mengelakkan konflik, Rowley telah berjaya mendapatkan kepercayaan Dimmick dengan menjemputnya makan, minum dan menonton televisyen.

Ketika Dimmick sudah terlena, Rowley dan keluarganya telah berjaya melarikan diri keluar daripada rumah mereka dan menelefon pihak polis. Pihak polis berjaya menangkap Dimmick, tetapi mereka secara tidak sengaja telah tertembak Dimmick pada bahagian belakangnya. Rowley dan keluarganya telah menyaman Dimmick $7500 atas alasan telah menyebabkan gangguan emosi yang teruk.

Dimmick bertindak menyaman kembali Rowley sebanyak $235000, $160000 untuk bil rawatan manakal $75000 pula untuk kecederaan yang dialami. Beliau juga menuduh bahawa Rowley dan keluarganya telah bersetuju memberikan beliau perlindungan daripada pihak polis dengan tukaran wang. Pihak hakim telah menolak kes saman oleh Dimmick tersebut.

Scott Newton Kerns

Scott Kerns telah melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak 10 tahun selama beberapa bulan pada tahun 2000. Setelah kegiatan beliau dihidu oleh keluarga kanak-kanak tersebut, pihak polis telah melakukan penyiasatan. Kerns mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun. Pada 2007, Kerns telah memfailkan saman terhadap kanak-kanak tersebut dan keluarganya. Menurut beliau, mereka mempunyai konspirasi dan telah berkomplot untuk mengenakannya. Pihak juri telah menolak kes tersebut,

Pada 2015, beliau sekali lagi telah memfailkan saman atas alasan yang sama. Pihak juri sekali lagi menolak kes tersebut. Pada tahun berikutnya, pihak keluarga mangsa telah memfailkan pula saman ke atas Kern kerana Kern telah memfailkan saman ke atas mereka atas alasan yang tidak munasabah. Kern menerima tambahan 12 bulan penjara. Selain itu, pihak juri juga mengenakan sekatan yang melarang Kern daripada memfailkan saman kepada mangsanya.

Scott T. Zielinski

kes rompakan bersenjata

Seorang perompak, Scott Zielinski telah merompak sebuah kedai pada 2007. Beliau telah mengugut untuk membunuh pekerja di kedai tersebut sewaktu kejadian dan berjaya mencuri wang, rokok dan arak. Ketika cuba melarikan diri, salah seorang pekerja di kedai tersebut telah berjaya melepaskan tembakan ke atas Scott sebanyak dua kali. Beberapa orang pekerja kedai tersebut berjaya menangkap beliau dan memukulnya sehingga pihak polis tiba.

Scott ditangkap dan dikenakan hukuman penjara selama 8 tahun. Beliau telah memfailkan saman kepada pemilik kedai tersebut atas alasan kesakitan dan kecederaan yang dialami. Akibat dipukul, beliau mengalami keretakan tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain. Pihak juri telah menetapkan syarat sekiranya Scott hendak meneruskan kes beliau, beliau perlu membayar $10000 untuk membayar kos guaman pihak pemilik kedai tersebut sekiranya beliau kalah. Scott gagal membayar wang tersebut dan kes tersebut dibatalkan.

Kredit:

  1. Macomb Daily
  2. Penn Live
  3. KMov
  4. Orlando Sentinel 



Hakcipta iluminasi.com (2017)