kes siasatan fbi 615

Awalnya dikenali sebagai Bureau of Investigation (BOI), FBI ditubuhkan pada tahun 1908. Sejak itu, ia telah menangani pelbagai kes kerana FBI mempunyai bidang kuasa atas 200 kategori jenayah di peringkat persekutuan. Dengan ruang lingkup yang begitu luas, tidak hairanlah FBI pernah berurusan dengan pelbagai kes unik.

Sementara itu, bagi yang terkeliru antara organisasi FBI dan CIA, boleh baca artikel kami Apa Sebenarnya Perbezaan Antara FBI dan CIA? untuk makluman lanjut. Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa kes unk dan pelik yang pernah dikendalikan oleh FBI.

1. Bigfoot

bigfoot

Biasanya, FBI menjalankan siasatan jenayah. Walau bagaimanapun, FBI pernah membuat pengecualian demi penyelidikan dan kajian saintifik. Pada tahun 1970-an, biro ini telah meneliti tuntutan ahli cryptozoologis yang mengatakan bahawa beliau mempunyai bukti fizikal mengenai kewujudan Bigfoot.

Peter Byrne memulakan "Pusat Maklumat dan Pameran Bigfoot" di Oregon pada tahun 1960-an. Satu dekad kemudian, beliau menemui beberapa sampel rambut dan kulit yang dipercayai milik binatang yang sukar ditentukan. Pada masa itu, tidak banyak tempat yang boleh menjalankan ujian untuk menentukan asal-usul rambut sehingga Peter Byrne mula menulis surat kepada FBI.

Pada tahun 1976, Penolong Pengarah FBI Jay Cochran dengan bahagian perkhidmatan saintifik dan teknikal biro bersetuju untuk memeriksa bukti tersebut. Penganalisis FBI melihat struktur rambut dan membandingkannya dengan sampel yang asal diketahui dan menyimpulkan bahawa sampel terrsebut berasal dari haiwan dari keluarga rusa.

2. Lagu “Louie, Louie"

Pada tahun 1955, pemuzik Richard Berry menulis lagu rock klasik "Louie, Louie." Lagu ini telah dinyanyikan semula puluhan kali, tetapi lagu nyanyian semula yang paling berjaya adalah versi 1963 oleh The Kingsmen. Penyanyi utama Jack Ely menggunakan gaya nyanyian yang aneh dan tidak jelas yang menjadikan sebilangan liriknya hampir tidak dapat difahami.

Ini menimbulkan desas-desus bahawa liriknya tidak senonoh. Ura-ura ini menjadi sangat meluas sehingga FBI masuk untuk menyiasat. Di seluruh Amerika Syarikat, ibu bapa yang prihatin menulis  kepada pegawai kerajaan untuk memberi amaran kepada mereka mengenai lirik lagu tersebut tidak elok dan merosakkan orang muda Amerika.

FBI mendedikasikan dua tahun untuk mengkaji isu ini dan menghasilkan laporan fail sepanjang 100 halaman. Akhirnya, mereka menyimpulkan bahawa mereka tidak menemukan sebarang mesej pelik dalam lagu yang dinyanyikan semula itu.

3. Majestic 12

kewujudan makhluk asing

Selama tahun 1980-an, sebuah memo mula beredar di kalangan ahli ufologi yang kononnya merupakan dokumen kerajaan yang bocor. Ini merujuk pada keberadaan organisasi misteri yang dikenal sebagai Majestic 12 atau MJ-12, yang terdiri daripada pegawai kerajaan, pemimpin tentera, dan saintis peringkat tinggi.

Dibentuk di bawah perintah eksekutif Presiden Harry Truman, tujuan penubuhan Majestic 12 adalah melakukan penyiasatan rahsia dan pemulihan pesawat makhluk asing. FBI dan Pejabat Penyiasatan Khas Angkatan Udara (AFOSI) melakukan siasatan terhadap dokumen yang dibocorkan dan menyimpulkan bahawa mereka benar-benar palsu.

Lebih dari tiga dekad telah berlalu sejak kemunculan Majestic 12 dan konsepnya masih popular di kalangan peminat UFO. Malah, mereka percaya tindakan FBI menolak kewujudannya hanya memperkuat lagi kepercayaan bagi beberapa ahli teori konspirasi bahawa itu semua adalah sebahagian daripada rahsia.

4. Kes Sindrom Stockholm Patty Hearst

patty hearst

Salah satu penyiasatan paling besar dalam sejarah FBI juga merupakan salah satu penyelidikan yang paling pelik. Ia bermula sebagai kes pencarian & penyelamat untuk Patty Hearst, mangsa penculikan dan cucu pemilik perniagaan surat khabar William Randolph Hearst. Ketika FBI berjaya mengesannya, Patty Hearst bukan lagi menjadi mangsa.

Kes ini dianggap contoh Sindrom Stockholm yang paling terkenal dimana Patty Hearst telah bergabung dengan penculiknya dan mengambil bahagian dalam rompakan bank dan beberapa jenayah lain. Bagi yang tidak tahu apa itu Sindrom Stockholm, sila baca artikel kami mengenai Sindrom Stockholm.

Pada 4 Februari 1974, dia diculik oleh kumpulan pengganas domestik yang dkenali sebagai Tentera Pembebasan Symbionese (SLA). Dua bulan kemudian, rakaman CCTV menunjukkan Hearst yang telah dikenali dengan nama "Tania" telah merompak  Hibernia Bank di Sunset District San Francisco bersama kumpulan penculiknya. 

5. Mesej rahsia pada mayat

mesej rahsia fbi 992

Sejak tahun 2011, FBI telah melancarkan permintaan untuk mendapatkan bantuan orang ramai dalam menguraikan dua mesej yang  telah membingungkan pakar kriptografi mereka selama dua dekad.

Pada 30 Jun 1999, mayat Ricky McCormick yang berusia 41 tahun ditemui mati di ladang jagung di jalan Route 367. Cap jarinya digunakan untuk mengecam mayat tersebut. Tidak ada sebab kematian rasmi yang dapat ditentukan. Di sebelahnya terdapat tinggalan dua nota yang terdiri daripada huruf dan angka rawak, kadang-kadang dipisahkan dengan tanda kurung.

FBI kemudian mengarahkan Cryptanalysis and Racketeering Records Unit (CRRU) mengendalikan kes tersebut. Kemudian, pihaknya meminta Persatuan Kriptogram Amerika untuk pertolongan, tetapi kedua-duanya telah menemui jalan buntu dan terpaksa meminta pertolongan dari masyarakat umum.

Kredit:

FBI

NPR

Skeptoid

NBC News

HISTORY



Hakcipta iluminasi.com (2017)