Sumber Foto: arabnyheter.info

Keluarga Rothschild dikatakan sebuah keluarga paling kaya di muka bumi ini. Siapakah mereka ini sebenarnya? Bagaimana mereka begitu berjaya sehingga memiliki kekayaan yang melampau? 

Artikel kali akan menyelit sedikit fakta menarik mengenai keluarga ini.

1. Menyelamatkan Ekonomi Amerika Syarikat (AS) Daripada Bankrap

rothschild selamatkan ekonomi as 115

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sumber Foto: india.com

Selain kemelesetan ekonomi pada tahun 2008, terdapat satu lagi krisis yang sama yang berlaku pada tahun 1895 di Amerika Syarikat. Pada tahun tersebut, AS melalui antara krisis ekonomi terburuk dalam sejarahnya. 

Kerajaan kekurangan simpanan emas, dan terdapat kerisauan mereka tidak mampu untuk membayar hutang yang menimbun. Sudah pasti President Grover Cleveland mahu mengelakkan negara tersebut daripada bankrap. 

Beliau menghubungi salah seorang ahli keluarga Rothschild bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membayar hutang-hutang negara. Dengan bantuan keluarga Rothschild, AS terselamat daripada krisis tersebut.

2. Penentuan Harga Emas

penentuan harga emas

Sumber Foto: countercurrentnews.info

Pada tahun 1919, Rothschild dan beberapa pemimpin industri dagangan yang lain mula bertemu 2 kali sehari bagi menentukan harga emas. Emas menjadi antara aset paling bernilai bagi keluarga ini. Akhirnya, emas dijadikan penanda aras kekayaan dalam pasaran dunia. 

Pertemuan harian ini berlansung daripada tahun 1919 sehingga 2014, apabila Barclays Bank mengambil peranan tersebut daripada Rothschild dan lain-lain.

3. Membantu Brazil Mendapatkan Kemerdekaan

kemerdekaan brazil

Sumber Foto: en.wikipedia.org

Pada awal kurun ke-19, empayar kerajaan Brazil cuba untuk mendapatkan kemerdekaan daripada Portugal. Ini membawa kepada beberapa peperangan, dan akhirnya Portugal patuh akan kemahuan Brazil.

Namun, Portugal meletakkan syarat sekiranya Brazil inginkan kemerdekaan, mereka perlu membayar sejumlah wang sebagai penghormatan. Brazil bersetuju. Cuba anda teka siapakah yang membayar wang tersebut?

Siapa lagi kalau bukan Nathan Mayer Rothschild. Rothschild telah membayar sebanyak £2 juta kepada Portugal bagi pihak Brazil. Mengapa Rothschild bersetuju untuk membayar wang tersebut? Jawapannya mudah, pengaruh politik. 

4. Keluarga Paling Kaya Di Dunia

keluarga kaya rothschild

Sumber Foto: humansarefree.com

Pastinya kita biasa dengar nama-nama seperti Rockefellers dan Trumps. Berbanding nama-nama keluarga kaya raya ini, tidak banyak diketahui tentang kekayaan keluarga Rothschild.

Anda tidak akan menemui nama ahli keluarga Rothschild dalam senarai Forbes. Kekayaan keluarga ini telah diagihkan sejak beberapa ratus tahun lalu. Kebanyak sumber kekayaan mereka adalah melalui perniagaan dan pemilikan bank-bank di seluruh dunia.

Anggaran paling rendah keluarga ini adalah sebanyak US$350 bilion dalam bentuk aset. Anggaran yang lebih tinggi dan yang lebih tepat adalah sekitar US$1 trilion dalam bentuk aset. 

5. Memiliki Koporasi Perlombongan Terbesar Dunia

perlombongan rio tinto 587

Sumber Foto: iseekplant.com.au

Rio Tinto, sebuah syarikat perlombongan yang beribu pejabat di Melbourne, Australia telah diasaskan melalui perusahaan keluarga Rothschild.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1873 oleh segolongan pelabur yang membeli sebuah kompleks perlombongan di Sepanyol daripada kerajaan Sepanyol.

Pada penghujung tahun 1880an, keluarga Rothschild melibatkan diri ke dalam syarikat tersebut melalui pelaburan, dan pengeluarannya terus bertambah. 

Kini, perusahaan ini mengeluarkan hasil seperti bijih besi, tembaga, uranium, arang, berlian dan lain-lain. Syarikat ini beroperasi di seluruh dunia melalui beberapa anak syarikat. 

Perlombongan merupakan salah satu perniagaan yang dikuasai oleh Rothschild, selain media hiburan, makanan dan lain-lain. 

6. Mempunyai Ikatan Dengan Vatican

vatican rothschild

Sumber Foto: theclever.com

Ketika Itali masih belum menjadi Itali, sebuah bank yang dimiliki oleh Rothschild telah mendermakan sejumlah wang kepada Papal States dan beberapa raja di Naples. 

Apabila Itali bersatu pada tahun 1861, artistokrat Itali menolak tawaran tersebut, dan Rothschild dipaksa untuk menutup bank mereka di Naples. Nasib mereka di Naples tidak berhenti di situ, Rothschild membina hubungan yang rapat dengan Vatican Bank sehingga ke abad 20.

7. Kahwin Sesama Keluarga Mereka

kahwin sesama keluarga rothschild

Sumber Foto: theclever.com

Seperti keluarga diraja, perkahwinan antara ahli keluarga (sepupu sepapat) bagi menjaga keturunan dan kekayaan adalah perkara lazim bagi keluarga Rothschild.

Mayer Amscel Rothschild, pengasas keluarga ini, ternyata jatuh cinta dengan cara pemikiran seperti ini. Beliau mengatur perkahwinan dengan pilihan yang terhad kepada kaum wanita keluarga mereka. 

Sekiranya mereka mahukan warisan harta yang banyak, mereka perlu mengahwini sepupu mereka. Dari pandangan Rothschild, ini adalah cara terbaik bagi menjaga harta keluarga daripada tangan orang luar. 

8. Memiliki Koleksi Zoologikal Terbesar Di Dunia

rothschild zebras

Sumber Foto: twonerdyhistorygirls.blogspot.my

Salah seorang ahli keluarga Rothschild, iaitu Lord Walter Rothschild mempunyai minat yang sangat tinggi terhadap zoologi. Ketika kecil, beliau mengumpul haiwan dan serangga.

Beliau dilihat enggan meneruskan perusahaan bank keluarga tersebut. Pada tahun 1908, ibu bapa beliau menubuhkan sebuah musium zoologikal, memberi peluang kepada beliau untuk terus mengumpul haiwan dari seluruh dunia.

Beliau terkenal dengan adegan menaiki kereta tunggangan dengan menggunakan kuda belang berbanding lembu bagi membuktikan bahawa haiwan tersebut boleh dijinakkan dan diajar. 

Koleksi beliau kian hari semakin bertambah kepada ratus ribu spesis haiwan dan serangga, menjadi koleksi terbesar pernah dimiliki oleh individu persendirian. 

9. Dituduh Terlibat Dengan Pelbagai Konspirasi

mh 370

Sumber Foto: freemalaysiatoday.com

Dengan privasi dan kekayaan yang melampau, tidak terkejut bahawa keluarga ini dikaitkan dengan pelbagai teori konspirasi. Antaranya termasuklah pengaruh mereka terhadap US Federal Reserve, sebuah topik yang menjadi perdebatan sehingga kini.

Antara teori lain adalah mereka melabur atau berkait rapat dengan secret society seperti Illuminati. Illuminati, bukan Illuminasi. Terdapat khabar angin mengatakan secret societey ini terhasil daripada Perang Dunia Pertama. 

Ini antara teori zaman dahulu, ada juga yang mengaitkan penglibatan Rothschild dengan pesawat MAS 370 yang hilang pada 8 Mac 2014. Betul atau tidak, hanya Allah yang tahu. 

Rujukan:

  1. neonnettle.com
  2. theclever.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)