Rata-rata pelajar lepasan SPM menolak untuk menyambung pelajaran STPM kerana mereka menganggap kelayakan STPM berada di tahap yang rendah. Ini ialah salah faham yang biasa berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

Ada juga yang menganggap laluan STPM adalah laluan pelajar "gagal". Ini sama sekali salah kerana banyak peluang untuk pelajar lepasan STPM.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi sebab mengapa anda patut mengambil kira STPM sebagai salah satu alternatif selepas menamatkan zaman SPM.

Salah satu daripadanya ialah lepasan pelajar STPM mempunyai kelayakan untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti terkemuka di dunia seperti University of Cambridge, United Kingdom (UK).

1. Kelayakan setaraf Cambridge A-Level

cambridge 886

Antara kelebihan mengambil STPM sebagai alternatif ialah ia mempunyai kelayakan yang tinggi. STPM sebenarnya berada di tahap yang sama seperti Cambridge A-Level. Untuk yang belum tahu, Cambridge A-Level merupakan kursus persediaan di UK sebelum melanjutkan pelajaran di universiti-universiti.

Oleh sebab STPM mempunyai tahap yang sama seperti dengan A-Level, pelajar boleh memohon kemasukkan ke universiti di UK mahupun universiti-universiti lain di seluruh dunia.

Ada juga yang mengatakan bahawa STPM sebenarnya lebih susah daripada A-Level sendiri kerana silibusnya yang lebih luas tetapi apa yang penting kedua-duanya berada di tahap yang tinggi sebagai persediaan ke universiti.

Di laman web University of Cambridge, boleh dilihat bagaimana permohonan boleh dibuat dan gred minimum yang perlu dicapai oleh pelajar STPM.

Untuk terus ke laman web, klik sini 

cb2 351  

sumber foto: https://www.undergraduate.study.cam.ac.uk/malaysia

Selain itu, universiti awam di Malaysia sendiri mengiktiraf STPM sebagai satu platform yang baik dalam membuat persediaan sebelum ke universiti. Selain STPM, pelajar kursus matrikulasi juga boleh memohon untuk belajar di kebanyakkan universiti di seluruh dunia termasuk UK.

2. Peluang mendapat tajaan biasiswa

scholar 1

Ramai pelajar-pelajar bijak yang mahu belajar ke luar negara memilih STPM kerana mahu menjimat wang yang dikeluarkan untuk pelajaran. Setelah tamat STPM, ramai antara mereka memohon biasiswa ke luar negara dan peluang ini cerah untuk pelajar-pelajar STPM.

Biasiswa ini tidak tertakluk kepada luar negara sahaja tetapi banyak biasiswa ditawarkan kepada pelajar-pelajar dalam negara.

Antara badan atau organisasi yang menawarkan tajaan biasiswa kepada pelajar lepasan STPM ialah JPA, Yayasan Tenaga Nasional (YTN), Yayasan Telekom Malaysia (YTM), Yayasan Penaraju Tunas Potensi dan banyak lagi kalau hendak disenaraikan.

Ini contoh link yang memaparkan biasiswa untuk pelajar STPM. Kalau mahu mendapat maklumat terkini, boleh google "biasiswa STPM" kerana maklumat biasiswa akan dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pihak tajaan.

scholar 2

3. Yuran yang murah

hutan kampung 325

Program Tingkatan 6 di SMK Hutan Kampung, Alor Setar Kedah

Terdapat banyak sekolah-sekolah di seluruh Malaysia yang menawarkan kursus STPM. Oleh sebab STPM ditawarkan di sekolah, segala kos pembelajaran sangat murah jika dibandingkan dengan kos pembelajaran untuk kursus lain.

Mereka yang mengambil STPM hanya perlu membayar yuran sekolah dan tidak perlu membayar kos asrama jika tidak menginap di asrama sekolah. Terdapat yuran lain yang perlu dibayar seperti MUET tetapi keseluruhan kos yang perlu dijelaskan adalah sangat murah. Pelajar-pelajar juga mendapat duit siswa sebanyak RM250 secara tahunan.

muet 200x200 325

4. Kos sara hidup yang murah

bas persiaran wvc 3030

Selain itu, disebabkan ia ditawarkan di sekolah, kehidupan seharian menjadi lebih murah kerana mereka boleh tinggal di rumah yang berdekatan dengan sekolah untuk sesetengah pelajar.

Sewaktu perayaan dan cuti, ramai pelajar universiti terpaksa menghabiskan duit untuk membeli tiket bas kerana tempat belajar berada jauh dari kampung halaman. Contohnya mereka yang tinggal di Kedah terpaksa menghabiskan sehingga RM50 untuk tiket bas kerana tinggal jauh di Selangor tetapi bagi pelajar tingkatan 6, mereka dapat jimat wang sedikit sebanyak.

STPM ditawarkan di setiap negeri di seluruh Malaysia, jadi ramai yang boleh pilih untuk belajar di tempat yang berdekatan dengan kampung halaman. Dari segi makanan pula, mereka boleh membeli makanan di kantin sekolah yang mana harga makanannya rata-rata sangat murah kerana statusnya sebagai sekolah.

5. Tidak lagi dianggap budak sekolah

image 724

Banyak sekolah-sekolah di Malaysia telah diasingkan daripada sekolah yang menawarkan program tingkatan 6 bagi menyelaraskan program STPM ini. Antaranya SMK Hutan Kampung dan sekolah-sekolah yang dalam proses sedang menghentikan pelajar-pelajar sekolah daripada tingkatan 1-5.

Ada yang tidak mahu menyambung STPM hanya kerana mereka terpaksa bargaul dan memakai baju sekolah seperti budak sekolah biasa. Untuk pengetahuan umum, pelajar STPM tidak perlu lagi memakai uniform sekolah untuk mengambil STPM.

Sekarang, mereka dibenarkan memakai pakaian formal seperti pelajar-pelajar universiti awam di Malaysia.. Oleh sebab pelajar tingkatan 6 diasingkan daripada pelajar-pelajar sekolah biasa, mereka tidak lagi dilayan seperti budak sekolah menengah. Institusi-institusi yang menawarkan program STPM mempunyai pengiktirafan yang tinggi.

Secara konklusi, banyak kelebihan dan peluang yang ditawarkan oleh program STPM. Buatlah pilihan yang bijak bagi mereka yang mahu melanjutkan pelajaran selepas SPM.




Hakcipta iluminasi.com (2017)