Bermula pada sesi 2017, Cruiz Strickett akan ke sekolahnya di Linton Country School untuk tahun kedua beliau. Bezanya, kali ini dia akan keseorangan di sekolah selepas 11 orang pelajar lain bertukar ke sekolah lain.

Linton Country School adalah sebuah sekolah yang terletak dalam pedalaman di Palmerston North, New Zealand pernah mempunyai seramai 42 orang pelajar pada zaman kemuncaknya, namun selepas pelajar menamatkan pengajian dan beberapa orang pelajar meminta ditukarkan ke sekolah lain, kini Cruiz berseorangan di sekolah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

hahashdsjhjds

Pihak sekolah telah pun memohon untuk ditutup sekolah tersebut atas sebab kekurangan pelajar mendaftar namun tetap terus dibuka atas desakan komuniti di situ yang berharap agar mereka dapat menghantar anak-anak mereka, yang masih kecil ke situ satu hari nanti.

Masalah sekolah kekurangan pelajar di New Zealand merupakan satu isu yang senantiasa mereka hadapi, kerana terdapat lebih dari 10 sekolah lain yang mempunyai 10 atau kurang pelajar, namun tetap terus dibuka.

f8bc1269fd83179e46ca0c

Nasib yang sama turut menimpa Wu Tao, seorang pelajar di Sixin Primary School yang terletak di Gaoyang, China. Wu Tao menjadi satu-satunya pelajar yang belajar di sekolah tersebut kerana ibu bapanya tidak mampu menghantar anak mereka ke sekolah di tengah pekan, atas pekerjaan mereka sebagai peladang.

f8bc1269fd83179e475712

Wu Tao diajar oleh Xiang Zhengguo, satu-satunya guru di Sixin yang mengajar kesemua subjek seperti bahasa, matematik, pendidikan jasmani dan muzik.

Di Jepun pula, St. Thomas University yang dahulunya dipanggil Eicihi University berhenti mengambil pelajar pada tahun 2010, akibat kekurangan kemasukan dan kos yang perlu ditanggung besar. Perancangan untuk memperkenalkan program-program baru di Universiti tersebut tidak berhasil selepas permohonan mereka ditolak badan pendidikan Jepun.

9b7e5c63

Atas faktor pelajar yang tamat pengajian atau pelajar yang bertukar ke institusi lain ditambah lagi dengan tiadanya kemasukan pelajar baru, lama-kelamaan, hanya tinggal seorang sahaja pelajar di Universiti tersebut yang meneruskan pengajian sehingga tamat pada tahun 2014.

1488574013912

Kembali kepada kisah Cruiz Strickett.

Pada bulan Mac 2017, Cruiz amat beruntung kerana dia mendapat penambahan 200% kepada jumlah rakan sekelasnya selepas 2 pelajar lain mula menyertai beliau dalam sekolah.

Pasti riuh rendah sekolah tersebut ketika ini.




Hakcipta iluminasi.com (2017)