Semua orang sudah pasti pernah melalui ujian peperiksaan bukan?

Dengan jantung yang berdegup kencang serta minda yang senantiasa mempersoalkan kemampuan diri sendiri, peperiksaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Namun ada segelintir pihak mengambil jalan mudah meniru, dalam memastikan mereka lulus atau mendapat markah cemerlang yang akhirnya membawa masalah kepada pihak pengendali peperiksaan sendiri, mengakibatkan integriti dan nilai sebenar peperiksaan itu terjejas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Atas sebab itulah lima pihak ini sanggup melakukan apa saja untuk memastikan peperiksaan berjalan dengan betul, tanpa ada syak wasangka lagi.

1. Pelajar dipaksa pakai kotak

siswasazh universiti pakai kotak di kepala

Reputasi Bhagath University di India sebagai sebuah universiti yang dipenuhi pelajar yang pintar dan cekap meniru, memaksa pihak pentadbiran universiti mengeluarkan arahan agar semua pelajar menjawab peperiksaan dengan kotak menutupi kepala.

Selepas insiden itu tular, pihak pentadbiran universiti diarahkan supaya menghentikan tindakan tidak berperikemanusiaan itu yang berlaku pada tahun 2019kase.

Bagaimanapun menurut jurucakap pihak universiti, tindakan itu dibuat hasil perbincangan antara pentadbiran dan wakil pelajar sendiri yang bersetuju, agar kaedah itu diadakan sebagai satu percubaan bagi mengekang masalah penipuan di kalangan pelajar.

2. Pelajar di Thailand pakai pelindung muka

pelajar universiti thailand guna topeng

Sekiranya pelajar di India dipujuk untuk memakai kotak di kepala, sekumpulan pelajar di Kasetsart University, Thailand diwajibkan untuk membuat sendiri topi penghalang penipuan untuk digunakan semasa peperiksaan.

Sama seperti kes di India, perbincangan antara pihak fakulti dengan pelajar dalam membendung kes-kes penipuan membuahkan solusi tersebut.

Selepas kes itu ditularkan sekelompok alumni universiti tersebut yang mempersoalkan apa yang dilakukan pihak pentadbiran, media Thailand mula mengkritik arahan pemakaian topi tersebut.

Apa yang lucu - wakil pelajar yang terlibat dalam peperiksaan tersebut mempersoalkan semula tindakan pihak yang mempersoalkan arahan itu.

3. Sekolah Thailand arah pelajar pegang payung dalam kelas

pelajar sekolah meniru payung peperiksaan

Selepas beberapa kontroversi berkaitan penipuan di peperiksaan dan universiti berlaku di negara mereka, sebuah sekolah di Songkhla, Thailand terpaksa melakukan pendekatan kreatif bagi menghalang penipuan pelajar berulang lagi.

Bagi mengelakkan meniru, semua pelajar diwajibkan duduk di atas lantai dan menggunakan kerusi mereka sebagai meja; sambil sebelah tangan memegang payung yang terbuka semasa menjawab peperiksaan.

Payung-payung itu dibekalkan oleh pihak sekolah.

Seperti biasa, orang awam mengkritik tindakan pihak sekolah kerana memaksa pelajar menjalani ujian sedemikian rupa namun wakil ibu bapa yang terlibat mempertahankan tindakan tersebut - menyifatkannya sebagai langkah terbaik dalam melindungi integriti murid.

4. Pelatih dipaksa jawab periksa tanpa pakaian

peperiksaan tentera di india

Ekoran bimbang kes-kes penipuan berlaku semasa sesi peperiksaan kemasukan tentera berlaku, pihak pengelola peperiksaan angkatan tentera India mengarahkan kesemua calon menjawab peperiksaan...

Hanya dengan memakai seluar dalam mereka sahaja. Ini kerana pihak tentera tidak mahu menghabiskan terlalu banyak masa memeriksa calon satu persatu sekiranya ada yang menyeludup 'toyol' bagi membantu peperiksaan.

Peperiksaan subjek am berkenaan tugas-tugas perkeranian dalam tentera itu disertai lebih 1,150 pelatih dilakukan di sebuah kawasan padang lapang dilakukan dalam masa satu jam.

5. Kerajaan Algeria tutup internet selama 1 jam

algeria pelajar peperiksaan tutup internet

Pada tahun 2016, pengguna media sosial di Algeria kecoh selepas kertas-kertas peperiksaan kelolaan kerajaan mereka bocor dan tular. Walaupun berjaya disekat, insiden itu mengakibatkan 30,000 orang perlu mengambil semula peperiksaan.

Tahun berikutnya, kerajaan Algeria bertindak menutup akses kepada semua aplikasi dan laman media sosial, namun kejadian sama tetap berulang dalam skala lebih kecil - walaupun beberapa orang cikgu dan pegawai telah didakwa dalang utama kejadian sebelum itu.

Jadi apa yang boleh kerajaan Algeria lakukan?

Setiap kali tibanya jadual peperiksaan untuk kelayakan ke universiti (setaraf SPM kita), kerajaan Algeria akan memutuskan terus capaian semua pengguna ke internet untuk beberapa jam bagi menghalang kebocoran dan penipuan berleluasa.

Bukan untuk pelajar semata-mata ya! Semua pengguna internet!




Hakcipta iluminasi.com (2017)