Oleh pada 30 May 2021 kategori

Kredit foto: Instagram (IG) Haqiem Rusli

Penyanyi remaja popular, Haqiem Rusli mendedahkan bakal menamatkan zaman solo pada hujung tahun ini.

Pemegang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH 33) itu meluahkan hasratnya menerusi Instagram (IG) 'live' pada jam 2 pagi tadi.

Tidak bermaksud merahsiakan khabar baik daripada pengetahuan peminat khususnya kelab penyokongnya, Qiemilio, Haqiem bagaimanapun tidak menjangka pengumumannya itu disambut baik hampir 99 peratus daripada mereka.

Di laman Twitter, Haqiem mengirimkan kenyataan berbunyi, 'maklum balas positif dan sesungguhnya, saya sangat gembira'.

haqiem rusli 40

Kredit foto: Instagram (IG) Haqiem Rusli

"Saya tidak tahu bagaimana mendapat kekuatan mahu berkongsi soal mendirikan masjid ini. Tetapi, saya percaya perkara baik tidak boleh disembunyikan.

"Cuma, masih belum ada tarikh tepat mengenai tarikh yang bakal berlangsung, hujung tahun ini. Jujurnya, saya pun sudah menghadiri kursus kahwin, tahun lalu," kata penyanyi lagu Mimpi itu.

Mengenai siapakah gerangan bakal isterinya, ini jawabnya:-

Baca: Haqiem Rusli Kahwin, Ini Biodata Isterinya, Wan Anis Sofea

umur haqiem rusli

Kredit foto: Instagram (IG) Haqiem Rusli

"Siapa calon bakal isteri, biarlah saya umumkan identitinya ketika majlis perkahwinan nanti.

"Saya hanya ingin peminat tahu, saya akan berkahwin, tidak lama lagi. Selebihnya, saya akan kongsi kelak".

Tambahnya, perkenalannya dengan kekasihnya itu sudah berlangsung sejak dua tahun lalu.

Ketika diminta mengulas soal 'saham jatuh' selepas kahwin, penyanyi berumur 23 tahun ini bagaimanapun memilih untuk berfikir positif.

"Saya tak berfikir sampai ke tahap nama dan populariti boleh merudum apabila mengumumkan bakal kahwin.

"Saya reda dengan apa sahaja kemungkinan yang datang. Janji peminat terbuka dan merestui keputusan besar, itupun sudah membuatkan saya bersyukur," katanya.

Biodata Haqiem Rusli

Nama penuh: Ridzuan Haqiem bin Rusli

Nama pentas: Haqiem Rusli

Umur: 23 tahun (2021)

Asal: Selangor, Malaysia

Pekerjaan: Penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik

Lagu popular: Segalanya, Tergantung Sepi, Jatuh Bangun, Selamat Tinggal Sayang, Lembah Kesepian, Adlina Marie, Mimpi

   

Untuk butiran biodata lanjut, baca artikel: Biodata Penuh Haqiem Rusli

   

haqiem rusli dan kekasih

isteri haqiem rusli

Kredit foto: Instagram (IG) Haqiem Rusli

Sumber: 'Haqiem umum kahwin 2 pagi'

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)