Oleh pada 12 Jun 2018 kategori

adibah noor kritik nyanyian haqiem rusli 1

Kredit foto: Rojak Daily & Instagram Haqiem Rusli

Usaha merancakkan kerjaya seni penyanyi yang mula melonjak naik menerusi lagu Segalanya dan Tergantung Sepi iaitu Haqiem Rusli dikukuhkan lagi menerusi penghasilan lagu terbaharunya berjudul Jatuh Bangun.

Penerbitan single itu boleh dikatakan sekali lagi mendapat perhatian umum kerana respon pelbagai yang diterima, rata-ratanya memperkatakan tentang percubaan Haqiem menyuntik kelainan dengan menyelitkan lirik berbahasa Inggeris.

Mengulas lagu berentak rancak itu, penyanyi berpengalaman, Adibah Noor, antara yang tidak ketinggalan menyuarakan pendapat di laman Twitter, semalam.

adibah noor kritik nyanyian haqiem rusli 2

Kredit foto: Twitter Adibah Noor

“Kepada adik Haqiem Rusli, Aunty suka sangat lagu Jatuh Bangun adik tu. Beat catchy, suara pun sedap. Sesuai dengan citarasa muzik terkini.

“Cuma bahagian Inggeris tu, apakemendanyelaaa yang adik sebut tu?” tulisnya.

Majoriti netizen memberikan sokongan terhadap kenyataan penyanyi fasih berbahasa Inggeris itu.

Kebanyakan daripada respon terbabit menyarankan Haqiem supaya mendapatkan khidmat Adibah bagi memperbaiki pertuturan Inggerisnya memandangkan penyanyi senior itu sendiri merupakan guru bahasa Inggeris.

“Ya. Aunty boleh ajar sikit-sikit supaya boleh tingkatkan lagi dalam sebutan,” tulis Adibah menyambut baik saranan berkenaan.

Namun segelintir netizen pula menggesa supaya mana-mana pihak tidak cepat menjatuhkan hukuman atau menghentam Haqiem dengan beberapa alasan yang diberikan.


tags : , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)