Kredit foto: Instagram Ernie Zakri
Penyanyi Ernie Zakri mempersoal tindakan seorang penyanyi remaja yang dianggap mempergunakannya untuk memperkenalkan single terbaharu beliau.
Mengakui terkejut kerana sangkanya jemputan ke sebuah program stesen radio adalah untuk sesi temubual, Ernie, 26, sebaliknya berasa diperbodohkan selepas mendapat tahu kemunculannya hanyalah untuk memberi sokongan kepada penyanyi berkenaan.
Apatah lagi, penyanyi yang diperkatakan Ernie tersebut menggunakan gimik kononnya mengalami depresi untuk meraih tumpuan awam terhadap penerbitan single terkini.
"Hari ini saya membuang masa selama dua jam untuk muncul dalam program itu. Saya tak tahu ia diadakan untuk mempromosikan single penyanyi berkenaan. Terima kasih kerana tidak memaklumkan kepada saya. Ia sangat tidak profesional menggunakan saya untuk menjayakan plot awak," tulis Erni di Instagram pada Selasa.
Kredit foto: Instagram Ernie Zakri
Terkesan dengan situasi menimpa penyanyi lagu Misteri itu, beberapa rakan artis tampil memberikan sokongan, antaranya Syamel, Wany Hasrita, Ara Johari, Naim Daniel dan Shiha Zikir.
Sementara itu, status Ernie dipercayai mempunyai kaitan dengan penyanyi Haqiem Rusli yang mendedahkan bakal meneruskan kerjaya nyanyian kerana mendakwa keputusannya sebelum ini mendapat bantahan ramai.
Di kalangan rata-rata banyak pihak yang bersetuju dengan Ernie, ada juga yang tidak dapat menerima kenyataan dikeluarkan juara Bintang RTM 2009 ini.
“Macam inilah semua ya. Ada yang berkata beliau tidak tahu menahu. Gimik ‘depresi’ dan penerbitan single sudah dirancang lama. Lama dah. Siap ada tarikh pengumuman. Kebetulan tarikh sebelah-sebelah dengan pelancaran lagunya.
“Dan, saya seperti orang bodoh, tidak tahu menahu tentang ini. Sebab? Sebab bila orang cakap dia mengalami depresi, kita sebagai seorang kawan, menyokong dan memberi semangat (dia ada kata saya menghantar mesej kepadanya, ya itu benar. Ia disebabkan saya prihatin kalau betul dia ada masalah depresi).
“Ini sudah dirancang ya. Dan, gimik-gimik seperti ini tidak patut dijalankan atau dibincangkan at the first place. Saya hanya tahu saya bakal ditemubual di Hot FM. Bila datang, rupanya harus memberi sokongan kepada beliau,” luah Ernie penuh kesal.