Oleh pada 14 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Haqiem Rusli

Tampil dengan cermin mata hitam setiap kali kemunculan di pentas, penyanyi Haqiem Rusli, mengundang tanda tanya daripada pelbagai pihak.

Haqiem, 19, berkata, konsep imej yang dipilih itu untuk menutup rasa gemuruh ketika menjayakan persembahan.

"Sebenarnya saya pernah cuba menyanyi tidak pakai cermin mata hitam dan memang saya gemuruh sangat sehingga nyanyian jadi sumbang.

"Ada juga yang tegur tetapi tanpa memakai aksesori ini memang saya tiada keyakinan," katanya menurut laporan portal Mstar Online.

Haqiem membuat kenyataan tersebut di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 32 (SFMM32) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada Ahad.

Lagu Tergantung Sepi ciptaan oleh Gouffran dan Ibnu, nyanyiannya layak melangkah ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) yang dijadualkan berlangsung pada Februari 2018.

Menurut Haqiem, selain membina keyakinan diri, imej cermin mata dan sarung tangan menjadi 'trademark' kemunculannya di pentas.

Menyambung cerita, anak muda ini berkata, dia teruja apabila lagunya terpilih sebagai finalis AJL32.

Tambah Haqiem, dia tidak meletakkan harapan untuk menang, sebaliknya menyifatkan peluang bersaing di pentas berprestij itu sudah cukup besar buatnya, apatah lagi dalam usia sebegini muda.

"Sudah tentu saya gembira dapat mara ke peringkat akhir dan ia pencapaian yang sangat bermakna buat diri saya.

"Insya-Allah pada persembahan itu nanti saya akan buat susunan, konsep dan jalan cerita segar khas buat AJL," katanya sambil mengakui telahpun mempunyai idea tentang bentuk persembahannya nanti.

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)