Oleh pada 13 Mar 2017 kategori

Kredit foto: penmerah.com

Kita sedia maklum Sherry Ibrahim bukanlah jenis selebriti yang gemar menjaja hal kisah peribadi terutamanya soal cinta. Justeru, agak sukar juga untuk mengesan adakah selebriti ini telah menemui episod cinta baru selepas seringkali gagal dalam beberapa perhubungannya sebelum ini. 

Sherry sebelum ini turut mengakui, hidupnya kini hanyalah untuk kerjaya dan beliau telahpun melupakan soal jodoh dan lelaki. 

Namun, terkini lain pula ceritanya apabila menerusi ruangan Diva di akhbar Kosmo mengatakan pelakon ini sebenarnya sedang angau dilanda cinta! Betul ke? 

Ada yang menyampaikan ke telinga Diva betapa hati aktres popular, Sherry Ibrahim kini dengar-dengarnya sedang berbunga bahagia. Sampai tidak tidur malam dibuatnya kerana angau asmara. Amboi, betul ke Sherry? Siapa jejaka bertuah yang dapat melembuatkan hati Sherry yang seringkali patah hati angkara kisah cinta yang tidak kesampaian sebelum ini, Diva kurang pasti pula. 
Sumber: Kosmo! 

Jika benar dakwaan tersebut, tiada apa lagi yang diharapkan ramai selain ingin melihat Sherry berbahagia dan perhubungan tersebut kekal hingga ke jinjang pelamin. Pasti ramai yang ternanti siapakah gerangan jejaka tersebut kan?

Sumber berita: Beautifulnara 




Hakcipta iluminasi.com (2017)