pengakuan sherry ibrahim sudah ada kekasih baru 1

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim

Mengulas isu jodoh, aktres Sherry Ibrahim berjanji tidak akan meminggirkan media dan peminat sekiranya hari bahagia itu sudah tiba.

Sherry atau nama lengkapnya, Syarizad Ibrahim, 35, tidak melihat sebarang sebab untuk merahsiakannya daripada umum.

“Semestinya, saya akan uar-uarkan kepada semua jika mahu berkahwin nanti. Benda yang baik harus kita kongsi,” akuinya kepada portal Harian Metro.

Sherry berkata, dirinya yang sedang intim dengan seorang jejaka yang enggan didedahkan identitinya, masih belum terdetik untuk mengakhiri zaman solo secara terburu-buru.

Namun begitu, Sherry memanjatkan kesyukuran kerana hubungan mereka setakat ini berjalan dengan lancar, apatah lagi lelaki itu disifatkan sebagai penyokong kuat dalam kehidupannya kini.

Selebihnya, aktres ini enggan berbicara lanjut kerana menganggap kisah cinta menjadi soal peribadi dan bukanlah untuk perkongsian umum.

pengakuan sherry ibrahim sudah ada kekasih baru 2

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim

“Jodoh rahsia Allah. Setakat ini, kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing dan Alhamdullilah dia sangat ‘supportive’.

“Saya menetapkan dua jenis gaya hidup untuk diri saya iaitu satu dikongsi kepada umum dan satu lagi simpan sebagai hal peribadi. Saya lebih selesa untuk tidak mendedahkan banyak mengenai kehidupan saya," katanya.

Sherry turut memaklumkan, tumpuannya kini lebih berpihak dalam memajukan projek yang sedang dijayakannya.

“Meskipun kini berusia 35 tahun, saya akan tetap dengan pendekatan sebegitu. Lebih baik saya tumpukan kepada kelangsungan projek lain yang saya sedang usahakan,” katanya.


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)