Oleh pada 05 Dec 2017 kategori

neelofa temui pengganti fattah amin

Kredit foto: Instagram Neelofa

Selepas dikaitkan dengan Fattah Amin, aktres, Neelofa, dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan rapat dengan seorang jejaka.

Mary Jane menerusi portal Utusan Online mendakwa, hubungan tersebut sudah sampai ke tahap 'rindu-rinduan' dan 'bersayang-sayangan'.

"Khabar yang cukup selesa di pendengaran Mary Jane, difahamkan ada ‘seseorang’ dan pihak tertentu yang sedang cuba hendak mengintai hati Lofa sekarang ini. Katanya, sudah sampai ke tahap rindu-rinduan, sayang bersayang, tak bermesej asyik terbayang-bayang di pihak sebelah sana tu," tulis Mary.

Penulis ruangan gosip itu bagaimanapun berkata, dia menyedari Neelofa adalah seorang selebriti yang pandai menyorok kisah peribadi.

Mary berharap pelakon Red Velvet itu sudah dapat 'move on' daripada kisah cintanya yang lalu.  

neelofa temui pengganti fattah amin 2

Kredit foto: Instagram Neelofa

"Siapa itu? Kena tanya tuan badan. Lofa seperti biasa tak suka bercerita soal peribadi, tetapi kalau betul bermula episod cinta yang menarik, dia tak akan sembunyi. Takkanlah selama-lamanya nak berdendam air mata mengenangkan cinta tidak kesampaian lepas putus dengan insan yang dia sayangi sebelum ini," katanya lagi. 

Terdahulu, pasangan Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di hotel terkemuka, di ibu negara.

Neelofa pernah digosip menjalin cinta dengan Fattah ketika sama-sama membintangi drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot.

Sumber berita: Utusan Online 

tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)