Oleh pada 05 Mar 2017 kategori

Kredit foto: Choo Choy May (Malay Mail Online)

Selepas kisah percintaan penuh kontroversinya dengan Neelofa kian dilupakan, khabar angin mengatakan Fattah Amin kini intim dengan seorang VIP yang juga selebriti jelita.

Dalam ruangan 'Cik Pang' di Harian Metro, beliau dikatakan mula rapat dengan wanita berkenaan selepas putus cinta dengan Neelofa. Bagaimanapun, kebenaran gosip ini masih belum diketahui.

Mungkin hubungan mereka berdua ini tidak serius seperti yang didakwa. Malah, Fattah juga masih tidak memberi sebarang komen mengenai isu tersebut. 

Agaknya siapalah selebriti jelita yang juga bekas isteri orang penting itu ya? Mari kita sama-sama tunggu dan lihat. Kalau betul, elok benarlah memandangkan kedua mereka pun solo.

Sumber berita: Harian Metroberitapremium.com 




Hakcipta iluminasi.com (2017)