Oleh pada 14 Mar 2018 kategori

sherry ibrahim mengamuk dengan perancang perkahwinan fattah amin fazura

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim

Umum mengetahui sejarah percintaan Sherry Ibrahim dan Fattah Amin yang sudah lama berakhir iaitu sejak beberapa tahun lalu.

Fattah pula baru sahaja naik pelamin dalam majlis resepsi keduanya yang berlangsung Ahad lalu.

Terkini, timbul gosip kurang enak apabila Sherry dikatakan naik angin dengan komen dilontarkan perancang perkahwinan Fattah dan Fazura iaitu Rekateemor.

Mana tidaknya, nama Sherry telah 'ditag' pada komen pihak berkenaan dengan soalan pedas berbaur sindiran berbunyi, "Hai Sherry Ibrahim, Dah tengok perkahwinan Fattzura? Kami ada pos perkahwinan Fattzura di Instagram kami. Jom tengok."

Sherry mengatakan komen itu ditinggalkan dalam sebuah video yang dikongsinya pada dua hari lalu.

Lanjutan itu, aktres berusia 35 tahun ini menuntut penjelasan daripada pihak tersebut sebelum tindakan susulan diambil.

"Pertama saya tidak mengenali mereka. Komen ini ditinggalkan di salah sebuah video yang saya muat naik malam tadi. Komen sebegini boleh dianggap sebagai buli siber dan mengundang risiko serta kurang hormat. Sila beri penjelasan kepada saya sebelum saya mengambil tindakan lanjut," tulisnya dalam entri Instagram.

sherry ibrahim mengamuk dengan perancang perkahwinan fattah amin fazura 2

Kredit foto: Instagram Sherry Ibrahim

Kenyataannya mendapat sokongan rata-rata netizen dan rakan artis yang turut sama meluahkan rasa berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab perancang perkahwinan terbabit.


tags : , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)