Oleh pada 05 Aug 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @otto.gillen

    

Menerusi laporan ruangan Miss K di portal Astro Gempak, difahamkan pelakon Sarah Hildebrand kini dikatakan sudah menemui pengganti kekasih lamanya, Nabil Mahir pada awal Februari lalu.

Dakwaan diterima Miss K menerusi e-mel dari individu bernama Zatul itu antara lain mendedahkan Sarah menjalinkan hubungan cinta dengan rakan sekolahnya yang dikenali sebagai Otto Gillen selepas kira-kira dua minggu putus cinta dengan Nabil.

Bagaimanapun pelakon Pujaan Hati Kanda itu sebelum ini telah menafikan hubungan mereka dengan mengatakan jejaka kacukan Amerika Syarikat-Filipina itu tidak lebih daripada sekadar rakan.

“Jejaka itu adalah kawan lama saya yang terpisah sejak di sekolah tinggi. Kami bertemu semula ketika saya melawat bapa yang kurang sihat di Arkansas, Amerika Syarikat baru-baru ini (Februari).

“Selain menziarah bapa saya ambil peluang bercuti selama dua minggu untuk menenangkan fikiran selepas putus cinta.

“Terus-terang, saya belum bersedia mencari pengganti buat masa ini,” kata Sarah memetik laporan Harian Metro, Februari lalu.

Namun apa yang mengundang tanda tanya apabila pasangan ini meletakkan status hubungan di laman Facebook sebagai 'in relationship' sesama sendiri, sejak Februari lalu.

    

sarah hildebrand nabil mahir putus

Kredit foto: Instagram @sarahhildebrand

      

Apapun, jika benar, tidak ada salahnya kerana kedua-duanya masih solo, bukan?

Kita nantikan sahaja penjelasan Sarah jika ada kenyataan yang ingin dikeluarkan berhubung gosip ini.

    

Sumber:

1. Astro Gempak

2. Harian Metro

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)