Oleh pada 15 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

   

Selepas berdepan deretan cabaran menerusi beberapa episod, Shaza Bae atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri diumumkan sebagai juara Dewi Remaja musim 2019.

Wanita berusia 24 tahun itu mengetepikan empat lagi finalis iaitu Adriana, Nynaa Harizal, Amanda dan Syamira.

    

dewi remaja 2019 342

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

   

Kemenangannya melayakkan beliau menerima ganjaran berupa wang tunai RM10,000 berserta trofi. Mahkota disampaikan oleh juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha AlYahya.

Dalam pada itu, Adriana atau Nur Nafissa Adriana Abdul Ghafar, 21, menduduki kedudukan naib juara, diikuti Nynaa Harizal atau Nurul Hanynaa Harizal, 23, di tangga ketiga.

Tidak ketinggalan, Syamira atau Norsyamira Izzati Mohd Nazir, 22, di tempat keempat bersama Amanda atau Tengku Shatirah Amanda Tengku Ahmad Badrulddin, 19, di kedudukan kelima.

    

juara dewi remaja 2019

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

   

Sementara itu, Sharlin merangkul kemenangan dalam kategori Dewi Kegemaran, manakala Nina Amin pula sebagai Dewi Inspirasi.

Pusingan akhir menyaksikan kesemua finalis mengharungi ujian sesi soal jawab bersama juri tetap, Yusry Abd Halim dan Scha Al-Yahya, bersama Datuk Aznil Haji Nawawi dan Dr Soo Wincci selaku juri undangan.

Pertandingan yang berlangsung di Visual Three Studio Seri Kembangan itu diacarakan oleh Amelia Handerson dan Kamal Adli, turut disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria selama satu setengah jam sebagai kemuncak kepada tujuh episod terdahulu.

Manakala acara karpet merah bermula seawal jam 8.30 malam dengan dimeriahkan kemunculan alumni Dewi Remaja, Pushpa Narayan, Ramona Zam Zam, Datin Rebecca Nur Al-Islam, Aleeza Kasim, bekas finalis Hero Remaja 2017 dan ramai lagi.

Pencarian Dewi Remaja 2019 anjuran Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd serta Majalah Remaja, merupakan edisi kesebelas selepas lebih tiga dekad penganjuran, dalam usaha mencari ikon gadis untuk diketengahkan dalam industri seni tanah air, sebagai influencer dan ikon yang menyebarkan inspirasi positif kepada masyarakat khususnya golongan remaja.

   

finalis dewi remaja 2019 693

dewi remaja final

pemenang dewi remaja

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)