Oleh pada 06 Nov 2021 kategori
hero remaja 2021 326  

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

  
Lapan episod yang bersiaran menoktahkan Pencarian Hero Remaja 2021 menerusi episod finale yang berlangsung pada 6 November 2021, jam 9 malam.
  
Peringkat akhir yang ditayangkan secara 'live' di kaca televisyen, eksklusif melalui saluran Astro Ria, juga aplikasi Astro Go dan On Demand itu mendedahkan siapakah Juara Hero Remaja baharu yang akan menjejak bintang-bintang ternama yang mengungguli musim-musim terdahulu.
  
Calon juara edisi kali ini terdiri daripada empat nama yang juga finalis akhir iaitu Mierul Aiman (Mierul), Fazziq Muqris (Fazziq), Afiq Hamidon (Afiq) dan Aqil Taqee (Aqil).
  
Mereka terlebih dahulu melalui tujuh minggu cabaran yang telah meranapkan impian lapan orang peserta tersingkir. Mereka yang kurang bernasib baik itu ialah Alif Haiqal (Haiqal), Ideen Azman (Ideen), Syazani Zainal (Syazani), Aryan Naim (Aryan), Amir Ahnaf (Amir), Farhan Nordin (Farhan), Zaid Erakad (Akad) dan Zaim Yazid (Zaim).
  
Berikut perkongsian senarai nama pemenang yang dijulang dalam penganjuran edisi tahun 2021 ini.
  
Tahniah diucapkan buat mereka dan semoga kesemuanya akan sukses mewarnai dunia hiburan tempatan kelak.
  
hero remaja 78

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja

  

Keputusan Juara Dan Pemenang Hero Remaja Final / Finale 2021

Tempat keempat - Afiq Hamidon (Afiq)
Tempat ketiga - Fazziq Muqris (Fazziq)
Tempat kedua / naib juara - Aqil Taqee (Aqil)
Juara - Mierul Aiman (Mierul)
   
Hero Favourite (undian peminat) - Syazani Zainal (Syazani)
Hero Inspirasi (penilaian daripada pihak produksi) - Aqil Taqee (Aqil)
      

Biodata 12 Peserta / Finalis Hero Remaja 2021

Baca: Biodata Farhan Nordin
Baca: Biodata Zaid Erakad
Baca: Biodata Zaim Yazid
  
  

Hadiah Pemenang

Tempat keempat - Wang tunai RM1,000, trofi dan selempang
Tempat ketiga - Wang tunai RM5,000, trofi dan selempang
Tempat kedua / naib juara - Wang tunai RM7,000, trofi dan selempang
Juara - Wang tunai RM10,000, selempang dan trofi
  
Hero Favourite - Wang tunai RM1,000, trofi dan selempang
Hero Inspirasi - Wang tunai RM1,000, trofi dan selempang
  

Cara Undi / Vote Hero Favourite

Layari laman sesawang www.remaja.my/hero, pergi ke profil peserta dan klik pada mana-mana profil peserta pilihan anda. Akhir sekali, tekan butang ‘VOTE’.
  
Undian dibuka sekarang sehinggalah malam finale pada 6 November 2021. Hanya satu undian untuk setiap hero pada setiap hari.
  

Juri Tetap Hero Remaja 2021

Menampilkan juara Dewi Remaja 2005 / 2006, aktres Scha Alyahya digandingkan bersama pelakon lagenda negara, Datuk Rosyam Nor bagi mengisi dua kerusi juri tetap dalam menyempurnakan tugas penjurian.
  

Senarai Bekas Juara Hero Remaja

Hero Remaja 1990 - Esma Daniel
Hero Remaja 1993/1994 - Suhaidi
Hero Remaja 1997 - Wan Shahlim
Hero Remaja 1999 - Kusyairi Ahmad
Hero Remaja 2001 - Zed Zaidi
Hero Remaja 2004 - Zawen Anwar
Hero Remaja 2007/2008 - Kamal Adli
Hero Remaja 2012 - Fattah Amin
Hero Remaja 2017 - Alif Muhaimin
Hero Remaja 2020 - Nadhir Nasar
  
juara hero remaja 2021
finalis hero remaja 2021 403
pemenang hero remaja 2021 713
hero remaja 2021 vote 453
hero remaja 2021 final 729
peserta hero remaja 2021 6
mierul hero remaja 895

Kredit foto: Instagram Majalah Remaja , Instagram Astro Awani & Instagram Meletop

  


Hakcipta iluminasi.com (2017)