Oleh pada 10 Jul 2020 kategori

sharifah sakinah cerai 115

Kredit foto: Instagram Sharifah Shahirah & Instagram Sharifah Sakinah

    

Sharifah Shahirah menganggap bekas suami adiknya, Aliff Adha sebagai seorang lelaki yang baik sepanjang lima tahun usia perkahwinan dengan Sharifah Sakinah.

Sharifah Shahirah, penyampai radio Suria FM yang lebih mesra dengan panggilan Shira itu berkata, sebelum adiknya bercerai, kedua pihak keluarga sudahpun mengadakan perbincangan dan memberikan nasihat kepada mereka.

    

Baca: Akhirnya Sharifah Sakinah Dedah Punca Bercerai Dengan Suami

Baca: Biodata Sharifah Sakinah

    

sharifah sakinah bercerai 268

Kredit foto: Instagram Sharifah Shahirah

    

"Kedua belah keluarga sudah cuba memberikan nasihat, tapi tak boleh paksa.

"Keputusan itu memang sedih. Mereka sudah buat keputusan dahulu kemudian berjumpa semua keluarga untuk bercakap mengenai perkara itu," katanya mengenai perceraian yang berlaku pada Mei lalu itu.

Dalam pada itu, Shira berkata, pertemuan antara dua keluarga itu juga bukan bertujuan untuk menuding jari mencari kesalahan sesiapa.

"Dalam pertemuan itu kedua belah keluarga berbincang dan bukan bertekak salahkan sesiapa. Kami pun ada minta maaf bagi pihak kami.

"Keluarga Aliff sangat bagus. Malah, Sakinah beruntung sebab dapat suami yang sangat baik. Pastinya Aliff sudah cuba pertahankan yang terbaik, tapi mungkin sudah tak ada jodoh," katanya.

Sementara itu, Shira enggan mengulas lanjut berkenaan punca perceraian pasangan terbabit kerana mendakwa dirinya tidak tahu menahu perihal tersebut.

"Jangan tanya sebab apa cerai, sebab memang tidak tahu apa-apa.

"Saya ada cakap dengan Aliff, kalau ada jodoh dengan orang lain, tidak mengapa. Kalau mereka kembali bersama pun, okay.

"Soal jodoh ini kita tidak tahu. Segalanya atas ketentuan Allah. Apa pun, kita doakan saja yang terbaik buat mereka," katanya.

Untuk info, Sakinah dan Aliff yang berkahwin pada 28 Mac 2015 mempunyai seorang anak perempuan berumur tiga tahun yang diberi nama Anais.

Dalam pendedahan Sakinah sebelum ini memberitahu ikatan suami isteri mereka berakhir pada Mei lalu selepas berhenti tinggal sebumbung pada Mac.

     

Sumber berita: 'Sakinah untung dapat suami baik' – Shira

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)