Oleh pada 09 Jul 2020 kategori

sharifah sakinah cerai

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah

    

Aktres Sharifah Sakinah akui rumah tangganya bersama Aliff Adha telah runtuh sejak Mei lalu.

Menurutnya, dia dan juruterbang syarikat pengangkutan udara terbabit tidak lagi tinggal sebumbung sejak Mac.

"Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu.

"Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun," katanya memetik laporan portal BH Online.

Dalam pada itu, pelakon Utusan Cinta Buat Adam ini menafikan kononnya perpisahan mereka mempunyai kaitan dengan 'orang ketiga'.

Sakinah bagaimanapun meletakkan kekurangan dirinya sebagai punca hubungan suami isteri itu berakhir.

    

Baca: Biodata Sharifah Sakinah

Baca: Akhirnya Sharifah Shahirah Buka Mulut Isu Sharifah Sakinah Bercerai Dengan Suami

    

sharifah sakinah bercerai

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah

    

"Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi 'dating' ... itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur.

"Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing... Itu sebaik-baiknya," katanya.

Terdahulu, status rumah tangga adik kepada Sharifah Shahirah ini menjadi tanda tanya selepas satu khabar angin mengatakan kononnya Aliff mewujudkan akaun di sebuah aplikasi untuk bersosial di alam maya.

Pasangan itu berkahwin pada 28 Mac 2018 dan perkongsian hidup mereka dilengkapi dengan seorang anak perempuan.

Dengan kenyataan yang dikeluarkan, Sakinah berharap ia dapat meleraikan spekulasi yang hangat dibualkan sebelum ini.

Mengenai perkembangan terkini, beliau baru sahaja melangsaikan penggambaran telefilem Kasih Tau Foo Fah digandingkan bersama Michael Ang yang mana karya itu dijadualkan menemui penonton pada 29 Ogos ini di saluran TV3.

    

Sumber berita: Sharifah Sakinah sahkan rumah tangga runtuh

   



Hakcipta iluminasi.com (2017)