Oleh pada 21 Jul 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Adha

Aktres Sharifah Sakinah menyelar tindakan seorang wanita yang menuduh suaminya, Aliff Adha mempunyai hubungan sulit dengan seorang pramugari.

“Dengan rasa penuh hormat, tolong berambus!” tulis Sakinah dalam kiriman Instagram Story, semalam.

Dakwa wanita itu, Aliff yang bekerja sebagai juruterbang, curang terhadap Sakinah kerana mempunyai teman wanita lain.

Individu itu yang menghubungi Sakinah melalui mesej peribadi (DM), turut menyertakan foto sebagai bukti kepada pendedahannya.

“Perhatian kepada orang luar yang tidak tahu tentang kehidupan dan hubungan rumah tangga saya, dengan rasa penuh hormat tolong berambus.

“Kami tidak perlukan perhatian atau tuduhan tidak berasas dalam kehidupan peribadi saya. Siapa anda pelik gila,” tulis Sakinah.

Paparan mesej perbualan peribadi yang dikongsi Sakinah antara lain memperlihatkan wanita itu cuba menenangkannya dengan memohon agar dia bertabah dengan perkhabaran yang diterima.

tolong berambus reaksi sharifah sakinah selepas dapat info suami curang 2

Kredit foto: Instagram Sharifah Sakinah

“Salam kak Sharifah, saya nak tanya tapi bukan nak menuduh. Cuma saya dapat gambar ini dari IG seorang perempuan ni.

“Harap kak Sharifah tabah walau apa pun jadi dalam hidup, I janji tak akan bagitahu tentang ni. I perasan dari dulu lagi sebab perempuan tu pramugari,” tulisnya. 

Kepada Harian Metro, Sakinah berkata, dia tidak mempunyai perancangan untuk sebarang tindakan susulan terhadap tuduhan yang dilayangkan.

Pelakon Bini Aku Dari Neraka ini menganggap tindakannya menghebahkan skrin DM mencukupi untuk menyedarkan wanita berkenaan.

“Kalau boleh, saya tidak mahu cerita apa-apa mengenai perkahwinan saya. Maaf ya!

“Dan rasanya tidak perlu ambil tindakan lagi, saya dah malukan dia secara umum.

“Suami saya curang atau tidak, bukan masalah sesiapa. Saya sendiri akan uruskan," tegas Sakinah.

Pasangan yang berkahwin pada Mac 2015 itu sehingga kini dikurniakan seorang anak berumur setahun.




Hakcipta iluminasi.com (2017)