1. Wanita Hari Ini (WHI)
Waktu siaran: 12.00-1.00 petang
Saluran: TV3 (103)
Topik hari ini: Hak Anak: Harta sepencarian, apabila ibu meninggal, bapa kahwin lain.
Apabila melibatkan harta, tentunya pelbagai persoalan yang bakal wujud. Sekiranya tidak diuruskan dengan baik, ia boleh mengakibatkan terjadinya perselisihan. Ia kerap terjadi jika berlaku kematian dan pewaris tidak tahu tentang harta yang ditinggalkan serta hak mereka.
Antaranya hal yang melibatkan harta sepencarian. Sekiranya berlaku perceraian sudah pastinya harta sepencarian akan dibahagikan kepada pasangan yang bercerai mengikut prosedur yang ditetapkan. Namun, jika ibu yang meninggal, apakah terdapat hak anak ke atas harta sepencarian ibu dan bapa?
Manakala bapa pula mahu berkahwin lain, jadi perlukah bapa mencari harta lain dengan isteri baru dan membahagikan harta sepencarian dengan isteri yang telah meninggal kepada anak-anak yang ada, atau bagaimana?
Bersama barisan hos anda seperti Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Rena Hazrena mengupas topik ini. Jika terlepas, siaran ulangan ada disiarkan pada pukul 1.30 pagi.
2. Telemovie: Ayah Den Lopeh
Waktu siaran: 1.00 petang-3.00 petang
Saluran: Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)
Sinopsis ringkas:
Drama ini mengisahkan tentang dua beradik yang bersusah-payah untuk menjaga bapa mereka yang nyanyuk. Bermacam-macam idea yang muncul demi menjaga bapa mereka itu.
Lakonan Jep Sepahtu, Sari Yanti, Siti Elizad dan Ebby Yus.
3. Akasia: Zahir Tak Terucap
Waktu siaran: 7.00-8.00 malam
Saluran: TV3 (103)
Zahir Tak Terucap ialah sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod yang mula ditayangkan sejak 27 Mac.
Ia berkisar tentang kehidupan dua adik-beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang berlumba mendapatkan Aisyah (Raysha Rizrose) sebagai kekasih. Tetapi, kedatangan Aireen (Chacha Maembong) cuba menahan kebahagiaan Aisyah.
Hisyam terpaksa bersusah-payah menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala sifat buruk Haziq demi menyelindungi kesalahan abangnya itu yang telah meninggal dunia.
Hisyam redha dan mencari cinta pandang pertamanya, Aisyah untuk bertanggungjawab atas perbuatan Haziq yang pernah memperkosanya. Malangnya, ia ditentang kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.
Sinopsis hari ini:
Haziq semakin terganggu dengan Aireen yang sering mengekorinya di pejabat serta di kedai. Aireen membuat Haziq seperti kekasihnya dan bersikap angkuh dengan semua kakitangan.
4. MeleTOP Musim 6
Waktu siaran: 9.00-10.00 malam
Saluran: Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)
Artis undangan minggu ini: Aziz Harun, Mas Idayu dan Haqiem Rusli
Rancangan hiburan terbaru yang padat dengan segala yang trendy lagi sensasi, dari pentas hiburan tempatan dan antarabangsa. Disiarkan secara langsung bersama hos kesayangan anda, Nabil dan Neelofa.
Turut menampilkan Intan Liana, Ustaz Fakhrul, Siti Nordiana, Syafiq Kyle dan Khai Bahar. Agak-agaknya apa yang bakal dikongsikan?
5. It's Alif!
Waktu siaran: 9.30-10.30 malam
Saluran: NTV7 (107)
Tetamu jemputan minggu ini: Faizal Tahir dan Nabila Huda
Rancangan bual bicara penuh santai dan menghiburkan ini menyentuh pelbagai topik menarik. Dihoskan oleh selebriti serba boleh, Alif Satar bersama sidekick, Harvinth Skin.
Sumber:
3. Facebook WHI