1. Wanita Hari Ini (WHI)
Waktu siaran: 12.00-1.00 petang
Saluran: TV3 (103)
Topik hari ini: Golongan wanita perlu celik IT untuk melahirkan usahawan yang inovatif.
Bersama barisan hos anda seperti Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Rena Hazrena mengupas topik ini. Jika terlepas, siaran ulangan ada disiarkan pada pukul 1.30 pagi.
2. POP! Express
Waktu siaran: 6.30-7.00 petang
Saluran: NTV7 (107)
Dapatkan berita hiburan tempatan dan antarabangsa terkini setiap hari bersama barisan pengacara anda seperti Maggy Wang, Ain Edruce, Shalma Ainaa, Shukri Sahar dan Aaron Al-Fateh. Turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti jemputan tanah air.
3. Akasia: Zahir Tak Terucap
Waktu siaran: 7.00-8.00 malam
Saluran: TV3 (103)
Zahir Tak Terucap ialah sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod yang mula ditayangkan sejak 27 Mac.
Ia berkisar tentang kehidupan dua adik-beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang berlumba mendapatkan Aisyah (Raysha Rizrose) sebagai kekasih. Tetapi, kedatangan Aireen (Chacha Maembong) cuba menahan kebahagiaan Aisyah.
Hisyam terpaksa bersusah-payah menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala sifat buruk Haziq demi menyelindungi kesalahan abangnya itu yang telah meninggal dunia.
Hisyam redha dan mencari cinta pandang pertamanya, Aisyah untuk bertanggungjawab atas perbuatan Haziq yang pernah memperkosanya. Malangnya, ia ditentang kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.
Sinopsis hari ini:
Aireen terdengar perbualan Hisyam dan Haziq tentang kejadian rogol itu. Hisyam terlalu kecewa dan tidak melawat Haziq selepas itu.
4. MeleTOP Musim 6
Waktu siaran: 9.00-10.00 malam
Saluran: Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)
Rancangan hiburan terbaru yang padat dengan segala yang trendy lagi sensasi, dari pentas hiburan tempatan dan antarabangsa. Disiarkan secara langsung bersama hos kesayangan anda, Nabil dan Neelofa.
Bersama barisan pelakon filem Dukun seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein dan Hasnul Rahmat. Tidak ketinggalan pemenang Artis Top Top MeleTOP Lelaki AME2018, Khai Bahar dan Michael Ang untuk Drama MeleTOP, Red Velvet.
5. It's Alif!
Waktu siaran: 9.30-10.30 malam
Saluran: NTV7 (107)
Rancangan bual bicara penuh santai dan menghiburkan ini menyentuh pelbagai topik menarik. Dihoskan oleh selebriti serba boleh, Alif Satar bersama sidekick, Harvinth Skin. Siaran ulangan setiap hari Ahad pada pukul 2.30 petang.
Sumber:
3. Facebook WHI