Oleh pada 06 Apr 2018 kategori

1. Feel Good Show

Waktu siaran: 8.00-10.00 pagi

Saluran: NTV7 (107)

Rancangan bualbicara terbaru di NTV7 yang kini berwajah baru ini menampilkan gandingan hos baru yang akan menemani pagi anda dengan topik-topik menarik. Antara segmen menarik untuk episod pagi ini ialah Sapot Lokal (Tarik Jeans), Dapur Affairs (Pisang Goreng Cheese) dan Senang Terhibur (Akhdan).

2. Wanita Hari Ini (WHI)

wanita hari ini

Kredit foto: Facebook WHI

Waktu siaran: 12.00-1.00 petang

Saluran: TV3 (103)

Topik: Ubati Kebosanan Dalam Rumahtangga

Melalui rutin yang sama setiap hari tentu mencetuskan kebosanan. Berhadapan dengan situasi yang mungkin sama dalam rumah tangga juga dapat menjadikan pasangan cepat menjadi jemu dan bosan.

Persoalannya, salahkah kita sebagai manusia biasa mempunyai rasa bosan? Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kebosanan dalam sesebuah rumah tangga. Apa pula langkah terbaik buat anda untuk menukar rasa ini kepada sesuatu yang lebih menyenangkan?

Bersama barisan hos anda seperti Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Rena Hazrena mengupas topik ini.

3. Telefilem: Eropah, Here I Am

telefilem eropah here i am

Waktu siaran: 1.00-3.00 petang

Saluran: Astro Ria (104) & Astro Ria HD (123)

Sinopsis ringkas:

Telefilem ini mengisahkan tentang Bukhary membawa diri ke Pulau Leros, Greece. Dia menjadi sukarelawan membantu pelarian Syria yang datang dari Turki secara haram dengan menaiki bot dan tiba di bumi Eropah menerusi Pulau Leros. Di situ, dia mempelajari nilai kehidupan dan kemanusiaan. 

Telefilem hebat arahan Bernard Chauly ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Bront Palarae, Aziz Capkurt, Lila Baklesi dan Nur Fazura.

 

4. Slot Akasia: Zahir Tak Terucap

slot akasia zahir tak terucap

Waktu siaran: 7.00-8.00 malam

Saluran: TV3 (103)

Sinopsis penuh:

Drama bersiri 13 episod ini berkisar tentang kehidupan dua adik-beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang berlumba mendapatkan Aisyah (Raysha Rizrose) sebagai kekasih. Tetapi, kedatangan Aireen (Chacha Maembong) cuba menahan kebahagiaan Aisyah.

Hisyam terpaksa bersusah-payah menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala sifat buruk Haziq demi menyelindungi kesalahan abangnya itu yang telah meninggal dunia. 

Hisyam redha dan mencari cinta pandang pertamanya, Aisyah untuk bertanggungjawab atas perbuatan Haziq yang pernah memperkosanya. Malangnya, ia ditentang kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen. 

Sinopsis hari ini:

Hisyam membawa Aisyah balik ke kampung dan mahu bertemu dengan mak ayah Aisyah selepas dipujuk. Lokman berang kerana Nordin percayakan Hisyam.

5. Pop! TV

pop tv

Waktu siaran: 9.30-10.30 malam

Saluran: NTV7 (107)

Program bualbicara hiburan ini membincangkan isu terkini sekitar dunia hiburan. Nikmati juga paparan gosip panas, trend fesyen terkini, topik viral dan video menghiburkan.

Bersama selebriti jemputan istimewa setiap minggu. Dihoskan oleh Shukri Sahar dan Azira Shafinaz.

Rujukan:

1. Instagram Feel Good Show

2. Facebook WHI

3. Biskut Movie

4. Gempak

4. Wikipedia Zahir Tak Terucap

5. Instagram Pop TV & Pop Express




Hakcipta iluminasi.com (2017)