1. Feel Good Show
Kredit foto: Tonton
Waktu siaran: 8.00-10.00 pagi
Saluran: NTV7 (107)
Rancangan bualbicara terbaru di NTV7 yang kini berwajah baru ini menampilkan gandingan hos baru yang akan menemani pagi anda dengan topik-topik menarik. Topik yang akan dibincangkan pagi ini ialah 'bunga'. Tidak ketinggalan, artis jemputan MimiFly akan mendendangkan lagu terbarunya, Superfly.
Kredit foto: Instagram @thernanews
2. Wanita Hari Ini (WHI)
Kredit foto: Facebook WHI
Waktu siaran: 12.00-1.00 petang
Saluran: TV3 (103)
Hidup perlukan duit atau duit perlu untuk teruskan kehidupan? Sebagai manusia, adakah kita ingin perhatian dan menjadikan ia sebagai keperluan dalam mencapai matlamat kebahagiaan? Masing-masing berlainan pendapat dan pilihan.
Tetapi, terdapat segelintir yang tak perlukan kemewahan namun mengutamakan perhatian. Manakala ada juga berpendapat jika kaya-raya pastinya kita menjadi tumpuan.
Antara duit dan perhatian, mana satu jadi pilihan?. Bersama barisan hos anda seperti Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Rena Hazrena mengupas topik ini.
3. Telemovie: Jatuh Cinta Buta
Kredit foto: infomediamaya.com
Waktu siaran: 1.00-3.00 petang
Saluran: Astro Ria (104) & Astro Ria HD (123)
Perkenalan singkat antara seorang gadis yang tak pernah bercinta, Zulin dengan seorang duda, Izlan menerusi sebuah 'blind date' yang dirancang oleh Nadya Ramanshah. Apa akan berlaku apabila mereka terpaksa saling mencintai dalam sehari?
Drama terbitan Zeel Production Sdn Bhd ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zara Zya, Redza Rosli, Ruhainie, Ben Ali, Maya Matahari dan Hanis Nabilah.
4. Slot Akasia: Zahir Tak Terucap
Kredit foto: movieinfobsyok.net
Waktu siaran: 7.00-8.00 malam
Saluran: TV3 (103)
Zahir Tak Terucap ialah sebuah drama bersiri sebanyak 13 episod yang mula ditayangkan sejak 27 Mac.
Ia berkisar tentang kehidupan dua adik-beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang berlumba mendapatkan Aisyah (Raysha Rizrose) sebagai kekasih. Tetapi, kedatangan Aireen (Chacha Maembong) cuba menahan kebahagiaan Aisyah.
Hisyam terpaksa bersusah-payah menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala sifat buruk Haziq demi menyelindungi kesalahan abangnya itu yang telah meninggal dunia.
Hisyam redha dan mencari cinta pandang pertamanya, Aisyah untuk bertanggungjawab atas perbuatan Haziq yang pernah memperkosanya. Malangnya, ia ditentang kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.
Sinopsis hari ini:
Hisyam memberi amaran kepada Haziq, sekiranya dia masih berdegil untuk membuat maksiat di tempat kerja, dia akan bongkar semua perangai buruknya.
5. Majalah 3
Kredit foto: Facebook Majalah 3
Waktu siaran: 9.00-10.00 malam
Saluran: TV3 (103)
Paparan Majalah 3 minggu ini ialah:
- Nasi dagang kini menembusi pasaran antarabangsa
- Perginya seorang wira penyelamat bomba semasa menjalankan tugasnya demi negara
- Pemburu siakap sungai dengan tukun buatan sendiri
Rujukan:
2. Facebook WHI