Oleh pada 14 Apr 2018 kategori

1. Feel Good Show 

Waktu siaran: 8.00-10.00 pagi

Saluran: NTV7 (107)

Rancangan bualbicara terbaru di NTV7 yang kini berwajah baru ini menampilkan gandingan hos baru yang akan menemani pagi anda dengan topik-topik menarik.

Jom tengok antara paparan segmen menarik hari ini.

Fashion Fix (Ilham Echenta)

ilham echenta

Semua orang gemarkan benda yang mudah, selesa dan paling penting berkualiti. Bersama pengasas dan juga antara pereka turban dan hijab terawal yang akan berkongsi cara dan tips penggayaan turban dan hijab buat golongan muda dan ibu di luar sana. 

Sapot Lokal (Pieces By Raeesa)

pieces by raeesa

Mempunyai perniagaan hasil buatan sendiri pastinya suatu perkara yang membanggakan. Bersama pemilik Pieces By Raeesa untuk berkongsi sedikit diari perniagaan mereka yang berasaskan batik. Anda juga berpeluang menyaksikan sendiri koleksi terbaru mereka sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.  

Senang Terhibur (Janna Nick)

janna nick

Bila bercakap soal musik, kita akan berbicara mengenai penyanyi atau lagu-lagu mereka. Bagaimana pula citarasa musik selebriti serba boleh, Janna Nick? 

2. Panggung Sabtu: Singh Is Bliing (2015)

singh is bling

Waktu siaran: 2.00-5.00 petang

Saluran: TV3 (103)

Seorang pemuda dihantar ke Goa untuk bekerja dengan kawan ayahnya dengan harapan dapat mengajarnya erti tanggungjawab. Bagaimanapun, dia jatuh cinta dengan seorang gadis di sana.

Filem aksi komedi Bollywood ini dilakonkan oleh Akshay Kumar, Amy Jackson, Lara Dutta, Kay Kay Menon dan Kunal Kapoor.

3. Mak Cun 4

mak cun 4 266

Waktu siaran: 7.00-8.00 malam

Saluran: TV3 (103)

Drama komedi popular, Mak Cun kini kembali untuk musim ke-4 menerusi slot Dahlia di TV3. Menampilkan barisan pelakon ternama seperti Erma Fatima, Umie Aida, Balkisyh Semundur Khan, Awie, Erra Fazira, Ziana Zain, Aiman Tino dan ramai lagi.

Sinopsis hari ini:

Seorang pengedar bernama Rock berjumpa dengan Mak Cun. Dia membawa pelbagai produk untuk diberi kepada Mak Cun. Nak dijadikan cerita, Manisah sudah jatuh cinta terhadap Rock.

4. Gema Gegar Vaganza 2018 Minggu 3

gema gegar vaganza 2018

Waktu siaran: 9.00-11.30 malam

Saluran:  Astro Oasis (106) & Astro Maya HD (135)

Saksikan persembahan mantap barisan peserta untuk minggu ketiga konsert Gema Gegar Vaganza Musim 2 yang dihoskan oleh Nana, Fikry dan Fakhrul UNIC.

Mereka yang masih kekal minggu ini ialah Farah Asyikin, Heliza dan Hazwani Helmi, Fitri Haris, Awi Rafael, Ippo Hafiz, Adeep Nahar, In Team, Brothers, Devotees, dan Mestica.

Anda juga boleh menyaksikan secara livestream di bawah menerusi Youtube Astro Gempak.

5. Seram Siam: The Screen At Kamchanod (2007)

the screen at kamchanod

Waktu siaran: 11.00 malam-1.00 pagi

Saluran: Astro Citra (131) & Astro Mustika HD (134)

Empat buah skrin layar dipasang di sebuah kampung di Kamchanod untuk menayangkan filem untuk penduduk kampung. Penonton mula hilang secara misteri semasa menonoton wayang itu.

Sumber:

1. Instagram Feel Good Show 

2. Wikipedia Singh Is Bliing

3. My Info Taip

4. Gempak

5. Asian Wiki




Hakcipta iluminasi.com (2017)