Oleh pada 09 Apr 2018 kategori

1. Feel Good Show

Waktu siaran: 8.00-10.00 pagi

Saluran: NTV7 (107)

Rancangan bualbicara terbaru di NTV7 yang kini berwajah baru ini menampilkan gandingan hos baru yang akan menemani pagi anda dengan topik-topik menarik.

Segmen We-Men akan membincangkan tentang sejauh mana relevannya lelaki membawa sapu tangan pada masa kini. Menerusi segmen Dapur Affairs pula, bersiap sedia untuk menyalin resepi istimewa, Lempeng Pisang dan Nasi Goreng Cili Hijau.

Bersama-sama tetamu jemputan hari ini seperti Yasmin Hani (Sihat & Steady), Min Luna dan Yiu Lin (Fashion Fix) dan Zizi Kirana (Senang Terhibur). Jika terlepas, anda boleh menyaksikannya di Tonton.

2. Wanita Hari Ini (WHI)

wanita hari ini

Waktu siaran: 12.00-1.00 petang

Saluran: TV3 (103)

Topik hari ini membincangkan tentang tahun 2018 sebagai tahun memperkasakan wanita. Bersama barisan hos anda seperti Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Rena Hazrena mengupas topik ini.

3. Slot Akasia: Zahir Tak Terucap

slot akasia zahir tak terucap

Waktu siaran: 7.00-8.00 malam

Saluran: TV3 (103)

Zahir Tak Terucap ialah sebuah drama bersiri  sebanyak 13 episod yang mula ditayangkan sejak 27 Mac.

Ia berkisar tentang kehidupan dua adik-beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang berlumba mendapatkan Aisyah (Raysha Rizrose) sebagai kekasih. Tetapi, kedatangan Aireen (Chacha Maembong) cuba menahan kebahagiaan Aisyah.

Hisyam terpaksa bersusah-payah menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala sifat buruk Haziq demi menyelindungi kesalahan abangnya itu yang telah meninggal dunia.

Hisyam redha dan mencari cinta pandang pertamanya, Aisyah untuk bertanggungjawab atas perbuatan Haziq yang pernah memperkosanya. Malangnya, ia ditentang kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.

Sinopsis hari ini:

Haziq ditahan di wad bagi menjalani pemeriksaan lanjut. Haziq berasa hampa dan trauma kerana disahkan mengalami jangkitan kuman di otak pada tahap kritikal. 

4. Majalah 3

majalah 3

Waktu siaran: 9.00-10.00 malam

Saluran: TV3 (103)

Topik: Rezeki Revolusi Alam Maya

Ramai mula sedar peralihan kepada ekonomi digital perlu untuk terus kompetitif dalam persekitaran perniagaan moden. Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mewujudkan program eUsahawan dan eRezeki sejak tiga tahun lalu.

Para peserta diberi pendedahan mengenai teknik pemasaran digital yang efektif, praktikal dan relevan dalam dunia semasa. Ia seiring dengan peredaran zaman dimana segalanya kini di hujung jari.

5. Kata Serasi?

kata serasi

Waktu siaran: 9.30-10.30 malam

Saluran: NTV7 (107)

Kata Serasi? ialah sebuah rancangan hiburan bualbicara tentang hubungan sama ada antara suami isteri, adik beradik, teman rapat mahupun haiwan peliharaan. Terdapat juga permainan dan persembahan menarik oleh selebriti jemputan. 

Rujukan:

1. Instagram Feel Good Show

2. Facebook WHI

3. Wikipedia Zahir Tak Terucap

4. Facebook Majalah 3

5. Instagram Kata Serasi




Hakcipta iluminasi.com (2017)