Oleh pada 04 Apr 2018 kategori

1. Wanita Hari Ini (WHI)

Waktu siaran: 12.00-1.00 petang, 1.30-2.30 pagi (ulangan)

Saluran: TV3 (103)

Topik: Pembantu rumah rampas keluarga

Pembantu rumah zaman kini disifatkan sebagai suatu keperluan. Tambah-tambah lagi buat mereka yang tak memiliki waktu untuk mengendalikan rutin harian di rumah.

Bagi segelintir majikan, pembantu rumah dilayan dengan baik sehingga dianggap seperti ahli keluarga sendiri. Namun, apakah tahap keakraban hubungan yang sepatutnya antara pembantu rumah dan ahli keluarga?

Apabila terlalu rapat, maka tak hairanlah terdapat kes ahli keluarga yang menaruh cinta terhadap pembantu rumah. Bersama barisan hos anda seperti Fiza Sabjahan, Fahrin Ahmad, Uyaina Arshad dan Rena Hazrena mengupas topik ini. 

2. Telemovie: Komplot

komplot

Waktu siaran: 1.00 petang-3.00 petang

Saluran: Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)

Sinopsis ringkas:

Kisah Zali, penjaga parkir mengetahui abang iparnya, Rashid bukan seperti yang dikatakan. Apabila anak saudaranya diculik, Zali cuba untuk membantu.

Tetapi, dia mula berasa sangsi akan ada sesuatu yang tak kena tentang kes penculikan tersebut. Lakonan hebat Remy Ishak, Aedy Ashraf, Hasnuf Rahmat, Faizul Syaharin, Intan Nur Saina dan Jasmine Suraya.

3. Upacara Pembukaan Sukan Komanwel 2018

upacara pembukaan sukan komanwel 2018

Waktu siaran: 5.00 petang-9.30 malam

Saluran: TV2 (102)

Dipancarkan secara langsung dari Gold Coast.

4. Slot Akasia: Zahir Tak Terucap

slot akasia zahir tak terucap

Waktu siaran: 7.00-8.00 malam

Saluran: TV3 (103)

Sinopsis penuh:

Drama bersiri 13 episod ini berkisar tentang kehidupan dua adik-beradik, Hisyam (Saharul Ridzwan) dan Haziq (Aeril Zafrel) yang berlumba mendapatkan Aisyah (Raysha Rizrose) sebagai kekasih. Tetapi, kedatangan Aireen (Chacha Maembong) cuba menahan kebahagiaan Aisyah.

Hisyam terpaksa bersusah-payah menjadi ‘kambing hitam’ dan mengakui segala sifat buruk Haziq demi menyelindungi kesalahan abangnya itu yang telah meninggal dunia.

Hisyam redha dan mencari cinta pandang pertamanya, Aisyah untuk bertanggungjawab atas perbuatan Haziq yang pernah memperkosanya. Malangnya, ia ditentang kedua-dua keluarga dan bakal tunangnya, Aireen.

Sinopsis hari ini:

Hisyam jatuh sakit dan ditemani oleh Aisyah ke klinik. Mereka berdua berasa terharu kerana tidak menjauhkan diri ketika melalui detik sukar. Mereka semakin dilamun cinta namun tidak berani untuk meluahkannya.

5. Bangkok Kung Fu (2011)

bangkok kung fu

Waktu siaran: 11.00 malam-1.00 pagi

Saluran: Astro Citra (131)

Sinopsis ringkas:

Lima kanak-kanak melarikan diri dari mafia yang menyalahgunakan mereka sebagai pengemis. Mereka akhirnya bertemu dengan master kung fu hebat yang mengambil mereka sebagai anak angkat dan mengajar bagaimana untuk bertarung.

Kini, mereka sudah dewasa dan menjadi lima pejuang kung fu yang dahsyat dengan satu misi, iaitu membalas dendam terhadap mafia yang pernah memusnahkan kehidupan mereka.

Filem Thailand ini dibintangi oleh barisan pelakon seperti Arak Amornsupasiri (Phong), Vitsawa Thaiyanon (Kaa), Artikitt Prinkprom (Chi), Mario Maurer (Naa) dan Jarinya Sirimongkolsakul (Kor-ya).

Sumber:

1. Facebook WHI

2. Info Media Maya

3. XXI Commonwealth Games

4. Wikipedia Zahir Tak Terucap

5. Wikipedia Bangkok Kung Fu




Hakcipta iluminasi.com (2017)