Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) berlangsung dengan meriah di MES Theatre, Mediacorp, Singapura pada 14 Oktober.
Sekalung tahniah buat para perangkul trofi terutamanya penyanyi Malaysia yang memenangi beberapa kategori.
Antaranya termasuk Dayang Nurfaizah yang meraih dua kemenangan menerusi kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia.
Tidak ketinggalan Khai Bahar bergelar Artis Paling Popular APM termasuk mengungguli Lagu Paling Popular menerusi Bayang.
Juga rezeki berpihak kepada Ayda Jebat yang memegang trofi kategori Ikon Media Sosial.
Selain itu, gandindan Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza menerusi Dirgahayu meraih Duo/Kumpulan Terbaik, manakala Anuat Zain pula mengungguli Artis Terbaik Lelaki.
Berikut kami kongsikan senarai penuh pemenang APM 2017.
ARTIS BARU TERBAIK (LELAKI)
VIRGOUN - SURAT CINTA UNTUK STARLA
ARTIS BARU TERBAIK (WANITA)
GLORIA JESSICA - DIA TAK CINTA KAMU
DUO/KUMPULAN TERBAIK
FAIZAL TAHIR & DATUK SITI NURHALIZA - DIRGAHAYU
BAND TERBAIK
ARMADA - ASAL KAU BAHAGIA
KOLABORASI TERBAIK (ARTIS)
AFGAN FEAT. SONAONE - X
KOLABORASI TERBAIK (LAGU)
TANDA TANYA - AISYAH AZIZ (OMAR K, EZRA KONG & ISHAZEE ISHAK / OMAR K, EZRA KONG & ISHAZEE ISHAK)